Isteri kepada Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Nur Shahida ada berkongsi foto bersama bintang terkenal, Erra Fazira bersempena dengan kerjasamanya bersama selebriti itu.
Menerusi kapsyen pada entri berkenaan di Instagram, Shahida berkongsi memori lamanya mengenai figura yang pernah mewakili negara dalam pertandingan Ratu Cantik Dunia ini.
“Dulu kecik2 selalu kalau ada filem dari @errafazira berlakon mesti tgk di panggung, mak saya bawa.
“Bila kat sekolah masing2 sibuk berlakon scene2 filem sembilu….ada yg jadi wati ada yg jadi awie ada yg ziana,” tulisnya.
Bagaimanapun, waktu berlalu cukup pantas dan siapa sangka kini keduanya dalam jalim kerjasama.
“Realitinya x sangka suatu hari saya akan bekerjasama dgn primadona hebat @errafazira.
“Mudah sangat bekerjasama dan memberikan komitmen yg terbaik,” kongsi Shahida lagi.
Erra yang turut dikenali sebagai primadona alaf baru turut mengumumkan dirinya bakal menjejakkan kaki ke tanah suci bagi mengerjakan haji, Ogos depan.
Bintang Gerak Khas itu turut mendedahkan, dia mengerjakan haji secara sendirian tanpa mahram.
Foto: Instagram Shahida, Carian Google
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI