Usahawan, Datuk Seri Vida (DSV) tidak ketinggalan tampil dengan single raya untuk tahun ini yang diberi judul, Muah Muah Raya.
Walaupun sebelum ini sering tampil dengan kontroversi murahan, berlainan pula kali ini apabila DSV ingin memberikan ‘clean image’ di atas penerbitan lagu raya terbaharunya itu.
“Alhamdulillah, sambutan lagu ini di luar jangkaan dan penerimaan sangat positif.
“Komen peminat dan masyarakat di media sosial meletakkan ini sebenarnya lagu raya terbaik dan nombor satu tahun ini.
“Insya-Allah, lagu ini akan trending tidak lama lagi. Pertaruhkan lagu ini bukan kontroversi murahan tapi kualiti. Pendengar pun suka dan puji suara saya sedap,” katanya.
Menurut DSV atau nama sebenar, Datuk Seri Hasmiza Othman, 52, dia juga mengharapkan agar karyanya kali ini dapat menembusi pasaran negara jiran, Indonesia selain menjadi lagu raya yang malar segar untuk sepanjang zaman.
“Saya menyasarkan lagu ini menembusi pasaran Indonesia.
“Dengan kualiti yang ada, insyaAllah lagu ini akan kekal lama dan saya nak ia malar segar.
“Setiap kali raya, orang ingat dan dengar lagu ini. Bagi saya, lagu ini adalah masterpiece tekno yang ada vibes raya di kampung,” katanya lagi.
Muah Muah Raya merupakan hasil ciptaan sepenuhnya oleh Amy Ukays.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.