Dua anak lelaki kepada pasangan selebriti terkenal, David Beckham dan Victoria Beckham, iaitu Romeo Beckham dan Brooklyn Beckham, dilaporkan tidak lagi bertegur sapa berikutan konflik melibatkan hubungan peribadi.

Memetik laporan Page Six, pertelingkahan antara adik-beradik itu dikatakan berpunca daripada hubungan Romeo bersama teman wanitanya kini, Kim Turnbull, yang mula dikenalinya pada November tahun lalu.

Difahamkan, Brooklyn pernah menjalinkan hubungan dengan Kim beberapa tahun lalu, dan ketidaksenangan yang terjadi bukanlah disebabkan rasa cemburu namun lebih kepada motif Kim yang bercinta dengan adiknya.

Dua Anak David Beckham Bermasam Muka Gara-Gara Seorang Wanita
Brooklyn

Sumber terdekat keluarga memaklumkan bahawa isu tersebut menjadi antara punca Brooklyn dan isterinya, Nicola Peltz, tidak menghadiri beberapa majlis keluarga kebelakangan ini.

Ads

Spekulasi mengenai isu tersebut turut diperkukuh apabila Romeo memuat naik gambar bersama ahli keluarga sempena sambutan awal ulang tahun kelahiran David Beckham, namun Brooklyn dan Nicola tidak kelihatan dalam gambar tersebut.

Menerusi hantaran di Instagram Stories, Romeo menulis, “Family is everything … love you all.”

BACA JUGA: “Hanya Makan Ikan Bakar Dan Sayur Kukus,” – David Beckham Dedah Menu Sama Yang Dimakan Isterinya Sepanjang 25 Tahun Lalu

Ads
Dua Anak David Beckham Bermasam Muka Gara-Gara Seorang Wanita
Romeo dan Kim

Namun ketiadaan abangnya mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan peminat. Sebelum ini Brooklyn juga tidak menghadiri beberapa majlis keluarga yang dihadiri oleh Kim Turnbull.

Untuk rekod, pasangan Beckham mendirikan rumah tangga pada tahun 1999 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Brooklyn, Romeo, Cruz dan Harper.

Ads

Setakat ini, tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh wakil David dan Victoria Beckham berhubung dakwaan tersebut.

Sedikit info tentang Kim, dia bekerja sebagai model dan DJ. Berasal dari keluarga muzik, ayahnya Alex Turnbull ialah pengasas label hip hop UK Ronin Records, dan sangat dihormati dalam industri muzik.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI