Sangat romantis! Itulah situasi yang boleh digambarkan apabila Aeril Zafril membawa isterinya, pelakon Wawa Zainal ‘terbang’ ke Maldives sebelum Wawa melahirkan anak ketiga mereka, tidak lama lagi.
Menerusi Instagram, Aeril ada berkongsi beberapa foto momen sekitar keberadaan mereka di destinasi percutian terkenal dunia itu.
“Sebelum dia tak boleh fly sebab sarat mengandung, kita bawak dia jalan-jalan dulu,” tulis Aeril menerusi salah satu entri foto.
Malah, Wawa secara seloroh juga ada bertanya kepada suami, di manakalah lokasi cuti seterusnya memandangkan dia masih ada kira-kira dua bulan saja lagi untuk berliburan sebelum berpantang.
Serentak dengan perkongsian foto tersebut, para peminat memuji sifat kasih sayang yang ada pada Aeril dan ada yang menyifatkan keduanya sebagai pasangan yang boleh dijadikan inspirasi.
Untuk rekod, pasangan selebriti ini sudah pun dikurniakan dua cahaya mata, Ahmad Fakhruddin Attar, 6, dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 4.
Foto: Instagram Aeril Zafriel, Wawa Zainal
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tidak dinafikan, anak merupakan satu anugerah yang tak ternilai dikurniakan daripada Yang Maha Esa.
Baru-baru ini, pelakon Saharul Ridzwan ada berkongsi kata nasihat mengenai perihal cara didikan kepada anak bersama pengikutnya di media sosial.
Kongsi Saharul, anak merupakan satu amanah yang wajib ditunaikan bagi mereka yang bergelar ibu bapa dan harus dididik dengan penuh kebaikan.
“Anak ialah amanah Allah SWT kepada ibu bapa. Hatinya yang suci ibarat permata mahal yang siap sedia untuk dibentuk dan diukir.
“Jika dididik dan dibiasakan untuk melakukan kebaikan, maka dia akan mahir dalam bidang ini dan berbahagia di dunia dan di akhirat. Ibu bapa dan gurunya juga akan mendapat bahagian dalam kebaikan tersebut.
“Namun jika dia dibiasakan untuk melakukan keburukan, maka dia akan merana dan celaka. Dosanya akan dibebankan kepada ibu bapa dan walinya.
“Jika seorang ayah selalu menjaga anaknya daripada api dunia, maka menjaga mereka daripada api akhirat lebih perlu dipentingkan.”- Imam Ibn al-‘Arabi al-Maliki,” tulisnya.
Oprah Winfrey telah mengumumkan sumbangan sebanyak kira-kira RM44 juta (USD10 juta) bagi mengekang penularan pandemik COVID-19 di Amerika Syarikat, lapor CNN Menerusi Fox8.
Daripada jumlah itu, RM4.3 juta (USD1 juta) daripada jumlah sumbangan “Help Americans During This Pandemic” akan didermakan kepada America’s Food Fund bagi membantu golongan yang kelaparan akibat wabak berkenaan ini.
Perkara terkait juga turut dikongsikan antara selebriti terkaya dunia ini menerusi Instagram.
Sinonim dalam sisi amal kebajikan dan tanggungjawab sosialnya, Oprah sebelum ini pernah mengejutkan ramai apabila menghadiahkan hampir 300 buah kereta buat setiap seorang penonton program bual bicaranya, Oprah Winfrey Show kira-kira 14 tahun dulu.
Terdahulu, selain Oprah beberapa selebriti Hollywood lainnya turut menghulurkan sumbangan berikutan krisis COVID-19 yang meruncing di negara Uncle Sam itu.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sejak empat bulan di pasaran, inai ‘instant’ Mazaville (Inai CheTa) yang diusahakan Anas Zahrin dan pelakon popular, Rozita Che Wan sudah terjual lebih 100,000 kotak.
Malah hingga kini terdapat lebih 1000 pengedar berdaftar yang sudah berjaya menjana pendapatan sampingan mereka berbekalkan jualan inai berkenaan.
Tidak mahu terus selesa dengan apa yang telah dicapai, jenama tersebut terus optimis sasar untuk membantu kira-kira 1 juta wanita di Malaysia menjana pendapatan sampingan.
Rozita Che Wan atau Che Ta berkata, pihaknya sedar usaha membangunkan ekonomi golongan wanita mahupun suri rumah tidak pernah bernoktah.
“Macam kami sering tekankan, rezeki itu ada di mana mana. Kami sedar ramai yang mengusahakan perniagaan inai ketika ini, tapi tak kisah meski tidak kisah persaingannya sengit, kita kena terus berusaha.
“Sebab itu saya dan Anas sebagai pengasas mahu terus bantu 1 juta wanita di Malaysia tak kira apa status mereka untuk terus menjana pendapatan.
“Kami bersyukur sejak Jun lalu biarpun berdepan saingan dan kontroversi tak terduga dengan pengusaha inai lain, niat dan misi kami untuk menjana ekonomi golongan wanita ini tak pernah goyah,” katanya.
Che Ta yang juga isteri kepada pelakon Zain Saidin menambah, pengalaman bergelar wanita berdikari sebagai ibu tunggal sebelum ini banyak membuka ruang baginya menyelami getir rasa golongan Hawa.
“Sekalipun kita sudah berada di fasa endemik, di mana kerancakan ekonomi terus melonjak, persaingan dan peluang untuk menjana pendapatan itu terus terbentang luas.
“Malah saya pernah bersembang dengan ejen dan stokis inai kami, ada yang berjaya menjana pendapatan lebih RM75,000 sebulan.
“Yang penting kita berniaga dan bersaing secara sihat. Hasilnya, insya-Allah membahagiakan. Nak hidup, kena ketepikan rasa malas dan segala macam perasaan negatif,” kata Che Ta.
Dalam pada itu, Che Ta bersyukur kerana produk inai terbabit juga diiktiraf telap air dan sah penggunaannya dalam solat daripada pihak Fakulti Perikanan dan Sains Makanan, Universiti Malaysia Terengganu pada 14 September lalu.
“Syukur tak terhingga apabila inai ini berjaya diuji serta menjadi jenama inai pertama yang mana ujian di lakukan pada kuku manusia sebenar dan sah untuk penggunaan solat oleh pihak universiti berkenaan.
“Kami tahu ada pihak yang menguji penggunaan inai hanya di atas gelas atau bahan lateks yang belum tentu tepat dan sah digunakan dalam solat.
“Sebelum ini memang kami sedar dengan kewujudan dalil dan perdebatan mengenai sah atau tidak penggunaan inai ini. Lambakan inai yang mudah digunakan di pasaran seperti inai serbuk, inai siap bancuh atau inai celup menyebabkan ada golongan wanita keliru.
“Terutamanya berkaitan inai jenis celup yang dikatakan menghalang air untuk sampai ke anggota wuduk atau mandi wajib. Tapi akhirnya, inai kami ini sah dipakai dalam bersolat,” katanya sambil dipersetujui Anas.
Anas berkata, ujian klinikal terbabit dilakukan pensyarah universiti berkenaan iaitu Prof Madya ChM Dr Mohd Zul Helmi Rozani.
“Beliau mempunyai kepakaran di dalam bidang kimia dan biomaterial. Ujian terhadap inai kami itu dilakukan sekitar sebulan dengan lebih 50 ‘sample’ diuji menggunakan variasi parameter berbeza medium untuk mendapatkan keputusan tepat dan jitu.
“Medium digunakan termasuk ke atas lateks, gelas (kaca) dan sebagainya. Saya diberitahu teknologi gunakan pihak hospital turut dinaiktaraf termasuk menggunakan penggunaan kuku pelajar universiti sebagai testimoni dan ia diuji saintifik sebagai telap air dan sah solat,” katanya.
Sementara itu, percaturannya mengusahakan perniagaan inai ‘segera’ ini disifatkan berjaya dan bukan sekadar perniagaan ‘hit and run’.
“Kami ingin melakukan perniagaan inai ini secara berpanjangan kerana misi utama adalah membantu wanita atau mereka yang memerlukan untuk kelangsungan hidup.
“Menghampiri hujung 2022, kami optimis sasaran jualan inai ini sebanyak 300,000 kotak atau lebih dapat dijual. Pemilihan Che Ta yang komited mempromosikan inai juga amat saya hargai. Sampai orang ingat inai, ingat Che Ta,” katanya.
Che Ta dan Anas ditemui pada acara A Night With Rozita Che Wan bertemakan Malam Bollywood di Glam Hall, Damansara Perdana pada Khamis.
Turut dilancarkan pada majlis berkenaan ialah pembungkusan semula kotak inai selain produk terbaharu gincu mawar hitam atau Black Rose Che Ta yang dijual pada harga RM19.90.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!