Pelakon Lia Natalia meluahkan rasa rindu dan sebak terhadap pemergian bapanya menerusi sebuah video pendek yang dimuat naik di Insta Stories miliknya pada Isnin.

Menerusi perkongsian tersebut, Lia dirakam duduk di sebelah pusara arwah bapa dalam suasana penuh hiba dan tenang, sambil berkongsi perasaan setelah melalui tempoh menjaga Allahyarham selama lebih dua bulan.

“Selepas dua bulan lebih jaga bapa dan sekarang bapa dah tak sakit dan bahagia sudah di sana,” kongsinya.

Dua Bulan Setia Jaga Sampai Akhir Hayat, Lia Natalia Sebak Di Pusara Bapa – “Aku Balik KL Dulu Shooting.” Dua Bulan Setia Jaga Sampai Akhir Hayat, Lia Natalia Sebak Di Pusara Bapa – “Aku Balik KL Dulu Shooting.”Dua Bulan Setia Jaga Sampai Akhir Hayat, Lia Natalia Sebak Di Pusara Bapa – “Aku Balik KL Dulu Shooting.”

Ads

Janji Pulang Ziarah

Meski perlu kembali ke Kuala Lumpur demi komitmen kerjaya, namun Lia tetap menzahirkan hasratnya untuk pulang ke Tawau bagi menghadiri tahlil arwah yang ke-40 hari serta menziarahi pusara.

“Aku balik KL dulu shooting. Nanti tahlil 40 hari bapa aku balik Tawau lagi dan ziarah bapa ya. I’m gonna miss you pak,” tulisnya lagi.

Ads

Terdahulu pada 21 Mac lalu, pelakon filem Syif Malam Raya itu berkongsi berita sedih mengenai pemergian bapanya, Abden Aben yang menghembuskan nafas terakhirnya, jam 9.50 pagi di Hospital Queen Elizabeth 2 (HQE2) di Kota Kinabalu, Sabah.

Ads

Allahyarham Abden, 69, meninggal dunia akibat sakit jantung di sisi anak-anak dan ahli keluarga terdekat.

Lia atau nama sebenarnya, Alia Afiqah Abden memaklumkan, arwah bapanya menderita penyakit jantung sejak November tahun lalu dan berulang alik ke hospital di Tawau untuk menerima rawatan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI