Personaliti televisyen terkenal Indonesia, Ruben Onsu, akhirnya mendedahkan detik dirinya memeluk agama Islam, satu keputusan yang disifatkan beliau sebagai penuh ketenangan dan kedamaian.
Menerusi temu bual bersama saluran YouTube Starpro Indonesia, Ruben berkata keputusan tersebut turut mengejutkan dua individu rapat dalam hidupnya, iaitu pendakwah bebas Habib Usman bin Yahya dan isteri beliau, pelakon dan usahawan Kartika Putri.
“Ya Bib, saya mahu masuk Islam. Ketika itu Habib terdiam, dan Kartika Putri juga terkejut,” katanya.
Menurut Ruben, keputusan untuk memeluk Islam hadir selepas dia merasai satu ketenangan jiwa yang sukar diungkap dengan kata-kata. Malah, beliau mengakui perasaan itu mula dirasai sejurus kali pertama mengambil wuduk.
“Ketenangan itu tidak dapat saya ceritakan. Dari saat saya mengambil wuduk pun saya sudah berasa segar,” ujar pengacara rancangan bual bicara popular, Brownis.
Sejurus bergelar mualaf, Ruben mengambil langkah serius untuk mendalami ilmu agama, khususnya berkaitan ibadah solat. Dia turut meminta bimbingan daripada Habib Usman untuk menyempurnakan solat lima waktu.
Ads
“Saya nyatakan kepada Habib, untuk bacaan surah-surah pendek, saya akan baca setakat yang saya mampu dahulu. Tetapi saya mahu solat saya dilakukan dengan sempurna,” jelasnya.
Lebih membanggakan, Ruben turut memaklumkan bahawa dia telah berjaya menghafal tiga surah pendek hanya dalam tempoh dua hari selepas memeluk Islam.
“Habib minta saya mula dengan beberapa surah, tetapi saya beritahu bahawa saya sudah hafal tiga. Masa itu baru hari kedua saya masuk Islam,” katanya.
Ads
Ruben Onsu dikenali sebagai seorang selebriti yang aktif dalam bidang pengacaraan, lakonan dan perniagaan.
Imbas kembali, pemilik nama penuh Ruben Samuel Onsu ini pernah berkahwin dengan pelakon dan penyanyi, Sarwendah Tan pada 2013 dan memiliki tiga cahaya mata. Namun mereka telah rasmi bercerai pada 2024.
Dia mengumumkan dirinya sudah bergelar mualaf menerusi satu hantaran di Instagram pada 31 Mac 2025 yang lalu pada Hari Raya Aidilfitri.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Allahyarham merupakan penerbit kepada syarikat Da Motion Media dan pernah menerbitkan filem seram, Jodoh Syaitan yang dilakonkan Soffi Jikan, Aprena Manrose dan ramai lagi.
Berita kematiannya turut disahkan di laman rasmi syarikat berkenaan.
Pelakon dan usahawan Datin Rebecca Nur Al Islam amat menitikberatkan perihal makanan terhadap anak-anaknya.
Katanya, dia tidak menggalakan anak-anaknya mengambil makanan segera (fast food).
“Anak anak mummy Becca Hanya boleh makan MD Donald 2 bulan Sekali Sahaja.
“Bukan apa sebab mummy TerLalu sayang kan Anak anak Dan utamakan kesihatan Keluarga ok.
“Nanti kecik2 lagi dah gemok2 And byk Penyakit Susah plak, lagi2 Takut sgt2 Kalau kecik2 dah ada Diabetes “kencing manis”, So dari anak anak kecil la Kita Sebagai Ibu bapa Harus Menjaga Apa Yg Mereka makan,” tulisnya.
Tambahnya lagi, air tangan seorang ibu merupakan makanan terbaik buat ahli keluarga.
“Bilik Di pikir kan Masakan Ibu lagi Baik k,Jadi Ibu2 Dah nama Pun Ibu Harus Rajin Masak k,” akhirinya.
Sebuah drama bersiri yang mendapat perhatian daripada penonton, Adellea Sofea telah berakhir petang semalam.
Mira Filzah yang memainkan watak utama dalam drama berkenaan telah memberikan kata-kata terakhir selepas episod terakhir drama Adellea Sofea bersiaran di slot Akasia, TV3 itu.
Kongsi pelakon berusia 25 tahun ini lagi, drama 28 episod itu mempunyai mesej mendalam dan sangat bermanfaat.
“Tiada kesilapan dalam kehidupan. Setiap yg berlaku dalam hidup kita adalah aturan yg Allah tetapkan.
“Voice over episode akhir ini, semalam Mira baru buat! Record audio guna phone je. Kalau bagi banyak masa, memang banyak lagi Mira nk bercakap dlm voice over tu! Haha.
“Tp apakan daya, nak cepat. So Mira sambung apa Mira nk cakap dkt sini je.
“Tiada istilah ‘salah’ membuat pilihan dalam hidup kita. Benar, segala adalah aturan Allah, pasti ada hikmah dan pengajaran yg melengkapkan ketidaksempurnaan dlm diri kita.
“Kita sebagai manusia hanya perlu usaha dan berdoa, baik utk diri kita sendiri mahupun org sekeliling. Who are we to judge people? They have their own struggles that we know nothing about it .
”Allah tests us with what we love”, .“..but perhaps you hate a thing and it is good for you; and perhaps you love a thing and it is bad for you. And Allah knows, while you not know”, .
“Be thankful even when being tested”,. .#AdelleaSofea officially signing out!,” tulisnya panjang lebar.
Selain Mira, pelakon hebat seperti Ungku Ismail, Jasmin Suraya, Bella Dally, Fazlina Ahmad Daud, Fizo Omar dan ramai lagi turut sama membintangi drama berkenaan.
Foto: Instagram Mira Filzah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Apich Lo ralat apabila perjalanannya di program realiti Big Stage Alpha terhenti di minggu pertama sekali gus gagal meloloskan diri ke ‘Big 12’.