HomeBerita“Dua Hari Sebelum AJL, Kami Buat Latihan Tiba-Tiba Datuk Ramli MS Panggil...
“Dua Hari Sebelum AJL, Kami Buat Latihan Tiba-Tiba Datuk Ramli MS Panggil Keluar…,” – Artis Terbaik Asia Tenggara EMA18, Joe Flizzow Throwback Momen Di AJL29
Penyanyi Terbaik Asia Tenggara di MTV EMA tahun ini, Joe Flizzow mengakui anugerah yang diterimanya di Sepanyol, awal November merupakan antara pencapaian paling manis di peringkat antarabangsa, apatah lagi ia merupakan hasil daripada para peminat serantau.
Bagaimanapun, rapper ini turut tidak menafikan selain kejayaan yang diraih di EMA2018, kemenangan sulungnya di Anugerah Juara Lagu ke-29 (AJL29) juga menjadi kenangan yang cukup dekat dengan hati.
“Sukar kalau nak diceritakan adakah kemenangan di EMA2018 sesuatu yang paling besar buat saya sebab menang di AJL juga suatu hal yang besar. Sudah tentu bila bercakap mengenai EMA, audiens itu lebih besar dan antarabangsa.
“Sudah tentu saya bangga memandangkan ia juga adalah hasil sokongan peminat yang mengundi. Kemenangan ini adalah kemenangan kita sebagai rakyat Malaysia, mereka yang undi. Cuma kalau ditanya, rasanya kenangan di AJL dulu pun tak kurang hebatnya,” katanya kepada MH.
Ads
Pada masa sama, bintang ini juga turut merakam kembali detiknya bekerjasama bersama SonaOne demi memastikan persembahan terbaik di anugerah muzik tahunan negara itu.
“Manis sungguh sebab saya dan Sona kerja berminggu-minggu untuk buat skor lagu Aku Tanya Apa Khabar itu. Yelah sebab ia akan diiringi dengan lebih 80 pemuzik secara okestra.
“Dua hari sebelum AJL, kami ada buat latihan dan tiba-tiba Tok Ram (Datuk Ramli MS) panggil saya keluar. Dia kata pada saya sama ada saya tahu atau tidak skor yang saya buat tu sangat ‘tebal’, berbeza dengan artis lain. Malah katanya lagi, ada beberapa bahagian itu bukan untuk klasikal, tetapi lebih kepada eksperimental.
Ads
“Saya pun nervous. Rupa-rupanya, dia cakap pada saya inilah yang ditunggu-tunggunya selama ini. This is it,” tambah Joe.
Menurutnya lagi, dapat meraih anugerah adalah suatu pencapaian, tetapi ada lagi situasi yang lebih manis dan berharga.
Ads
“Pada saya, bila kita menang anugerah memanglah suka, tetapi bila bertemu dengan mereka yang lebih arif misalnya dalam berbincang mengenai muzik dengan Datuk Ramli yang kita tahu dia memang pakar dalam apa yang dilakukan itu lebih bermakna. Ia manis dalam sisi yang lain.
“Bila kita dihargai dan diberi peluang untuk melakukan sesuatu yang berbeza, ia lebih menarik dan bagi saya memang di AJL memang sentiasa dekat dengan hati,” akhiri Joe.
Dalam perkembangan lain, Joe Flizzow akan muncul dengan single terkininya, Kuasa tidak lama lagi.
Foto: Instagram Joe Flizzow/ Datuk Ramli MS
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Seperti sedia maklum, lagu Anta Permana nyanyian asal Datuk Siti Nurhaliza atau sinonim dengan panggilan Tok Ti telah berjaya mara ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu Ke-34.
Bagaimanapun, penyanyi Bob Yusof telah diberikan kepercayaan untuk menyanyikan lagu Anta Permana itu, malam ini dan penyanyi asal lagu berkenaan telah menitipkan kata-kata ucapan dan semangat buat Bob.
“Untuk Bob, saya nak ucapkan semoga Bob tenang dalam menyampaikan lagu Anta Permana.
“Dan Siti percaya Bob boleh lakukan yang terbaik jadi all the best untuk Bob,” katanya.
Selain Anta Permana, 11 buah lagu lain turut sama akan bertanding di pentas akhir AJL34 bakal diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur dan bersiaran lansung di TV3 pada jam 9 malam ini.
Selamat maju jaya buat semua yang bertanding!
Video: Instagram Siti Nurhaliza
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tom Parker, 33, salah seorang ahli kumpulan The Wanted menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 30 Mac 2022 setelah bergelut dengan penyakit kanser otak sekian lama.
Penyanyi daripada kumpulan popular British itu sebelum ini pernah mengumumkan yang dia menghidap kanser otak yang tidak boleh dibedah pada Oktober 2020.
Berita kematiannya disahkan sendiri oleh isterinya, Kelsey Hardwick menerusi hantaran di Instagram. Pasangan ini berkahwin pada tahun 2018 dan dikurniakan sepasang cahaya mata, Aurelia Rose dan Bodhi.
“Dengan perasaan yang paling berat kami mengesahkan Tom meninggal dunia dengan aman awal hari ini dengan semua keluarga berada di sisinya. Hati kami hancur, Tom merupakan dunia kami dan kami tidak dapat membayangkan hidup tanpa senyumannya yang menular dan personalitinya yang bertenaga.
“Kami benar-benar berterima kasih atas segala curahan kasih sayang dan sokongan yang diberikan. Dan kami bersatu untuk memastikan legasi Tom terus bersinar untuk anak-anaknya.
“Terima kasih kepada semua yang telah terlibat dalam proses penjagaannya selama ini, dia berjuang sehingga ke akhir hayat. Saya selamanya bangga dengan awak,” tulis wanita berusia 32 tahun itu.
September tahun lalu, Tom mengadakan persembahan bersama ahli kumpulan The Wanted yang lain iaitu Max George, Siva Kaneswaran, Nathan Sykes dan Jay McGuiness di Gig Stand Up to Cancer bertempat di Royal Albert Hall London. Acara ini bertujuan mengumpul wang untuk organisasi National Brain Appeal.
Mereka kemudiannya mengadakan siri konsert dan Parker membuat penampilan dengan duduk di atas takhta di atas pentas pada beberapa pertunjukan terakhir mereka awal bulan ini.
Kumpulan The Wanted ditubuhkan pada tahun 2009 mengecap populariti sebagai kumpulan boyband lelaki popular sebelum berehat pada 2014. Pada 2021 mereka muncul kembali dengan album Most Wanted: The Greatest Hit.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah atau lebih mesra disapa Shiera, bakal memulakan tugasnya sebagai penyampai di stesen radio Era FM bermula Isnin depan.
Pengumuman...