Penyanyi Terbaik Asia Tenggara di MTV EMA tahun ini, Joe Flizzow mengakui anugerah yang diterimanya di Sepanyol, awal November merupakan antara pencapaian paling manis di peringkat antarabangsa, apatah lagi ia merupakan hasil daripada para peminat serantau.

Bagaimanapun, rapper ini turut tidak menafikan selain kejayaan yang diraih di EMA2018, kemenangan sulungnya di Anugerah Juara Lagu ke-29 (AJL29) juga menjadi kenangan yang cukup dekat dengan hati.

“Dua Hari Sebelum AJL, Kami Buat Latihan Tiba-Tiba Datuk Ramli MS Panggil Keluar…,” – Artis Terbaik Asia Tenggara EMA18, Joe Flizzow Throwback Momen Di AJL29

“Sukar kalau nak diceritakan adakah kemenangan di EMA2018 sesuatu yang paling besar buat saya sebab menang di AJL juga suatu hal yang besar. Sudah tentu bila bercakap mengenai EMA, audiens itu lebih besar dan antarabangsa.

“Sudah tentu saya bangga memandangkan ia juga adalah hasil sokongan peminat yang mengundi. Kemenangan ini adalah kemenangan kita sebagai rakyat Malaysia, mereka yang undi. Cuma kalau ditanya, rasanya kenangan di AJL dulu pun tak kurang hebatnya,” katanya kepada MH.

“Dua Hari Sebelum AJL, Kami Buat Latihan Tiba-Tiba Datuk Ramli MS Panggil Keluar…,” – Artis Terbaik Asia Tenggara EMA18, Joe Flizzow Throwback Momen Di AJL29

IKLAN

Pada masa sama, bintang ini juga turut merakam kembali detiknya bekerjasama bersama SonaOne demi memastikan persembahan terbaik di anugerah muzik tahunan negara itu.

“Manis sungguh sebab saya dan Sona kerja berminggu-minggu untuk buat skor lagu Aku Tanya Apa Khabar itu. Yelah sebab ia akan diiringi dengan lebih 80 pemuzik secara okestra.

“Dua hari sebelum AJL, kami ada buat latihan dan tiba-tiba Tok Ram (Datuk Ramli MS) panggil saya keluar. Dia kata pada saya sama ada saya tahu atau tidak skor yang saya buat tu sangat ‘tebal’, berbeza dengan artis lain. Malah katanya lagi, ada beberapa bahagian itu bukan untuk klasikal, tetapi lebih kepada eksperimental.

IKLAN

“Saya pun nervous. Rupa-rupanya, dia cakap pada saya inilah yang ditunggu-tunggunya selama ini. This is it,” tambah Joe.

“Dua Hari Sebelum AJL, Kami Buat Latihan Tiba-Tiba Datuk Ramli MS Panggil Keluar…,” – Artis Terbaik Asia Tenggara EMA18, Joe Flizzow Throwback Momen Di AJL29

Menurutnya lagi, dapat meraih anugerah adalah suatu pencapaian, tetapi ada lagi situasi yang lebih manis dan berharga.

IKLAN

“Pada saya, bila kita menang anugerah memanglah suka, tetapi bila bertemu dengan mereka yang lebih arif misalnya dalam berbincang mengenai muzik dengan Datuk Ramli yang kita tahu dia memang pakar dalam apa yang dilakukan itu lebih bermakna. Ia manis dalam sisi yang lain.

“Bila kita dihargai dan diberi peluang untuk melakukan sesuatu yang berbeza, ia lebih menarik dan bagi saya memang di AJL memang sentiasa dekat dengan hati,” akhiri Joe.

Dalam perkembangan lain, Joe Flizzow akan muncul dengan single terkininya, Kuasa tidak lama lagi.

Foto: Instagram Joe Flizzow/ Datuk Ramli MS

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI