Aktres Rita Rudaini akhirnya bersemuka dengan dua individu yang meninggalkan komen menerusi media sosial aktres tersebut yang berniat jahat mempersoal taraf anak-anaknya.
Sekali gus, ia memberi kesan buruk terhadap kedua anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 10, dan Airit Qaqa Arjuna, 8, menerusi salah satu foto yang dimuat naik.
Dua lelaki yang dimaksudkan, tampil memohon maaf secara terbuka sekali gus mengakui tindakan mereka memfitnah status kedua anak lelaki pelakon, Rita Rudaini di Instagram dan Facebook.
Dua individu berkenaan ialah Ahmad Najib Mat Arif, 38, yang juga pengguna akaun Instagram @ahmadsan81 dan Hafiidz Ahmad Mustaffa, 39, pengguna akaun Facebook.
“Apabila komen tersebut diperkatakan, ia tidak berhenti di situ saja hingga jadi tular.
“Malah anak-anak turut ditanya mengenai hal sama. Jadi bila hal itu berlaku, rasanya saya patut ambil tindakan sewajarnya atas nasihat peguam,” jelas Rita kepada MH.
Ads
Pelakon tersebut pada masa sama turut menjelaskan, keduanya sudah mengakui kesilapan atas apa yang ditulis mereka menerusi media sosial miliknya.
“Melalui percakapan yang direkod, keduanya mengakui kesilapan berdasarkan komen yang ditulis di akaun IG dan Facebook saya.
“Saya berharap pernohonan maaf mereka ikhlas dan tidak akan buat lagi. Biar perkara ini menjadi pengajaran kepada semua,” katanya lagi.
Peguam yang dilantik Rita, Mohd Syakirin Syazwan Mohd Naya, pula menegaskan pihaknya masih mempertimbangkan untuk membuat saman malu.
Ads
“Memandangkan perkara ini sudah menular di semua platform media sosial dan berangkai, anak guam saya akan mempertimbangkan untuk saman malu.
“Perkara ini juga memberi kesan kepada dua anak Rita apabila mereka turut ditanya di sekolah mengenai status mereka dan isu ini.
“Sekali gus, ia mencalar imej, maruah diri dan kredibiliti Rita. Apa pun, pihak kami akan maklumkan dari semasa ke semasa,” katanya.
Ads
Terdahulu, laporan polis berhubung perkara tersebut telah dibuat bintang Mami Jarum itu dengan diwakili peguam pada 21 Oktober lalu di Balai Polis Kota Damansara jam 2.30 petang.
Untuk rekod, Rita berkahwin dengan Aidil Zafuan Abdul Radzak pada 2008 namun mereka mengambil keputusan untuk bercerai pada September 2013.
Ikuti temu bual penuhnya;
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Umum mengetahui bintang antarabangsa terkenal, Katy Perry, 37, merupakan tunang kepada pelakon popular, Orlando Bloom,45. Pasangan ini mula menjalin hubungan sejak tahun 2016 sebelum bertunang pada Februari 2019.
Ramai yang tertanya-tanya mengapakah pasangan ini belum berkahwin sedangkan mereka sudah lama hidup bersama sehingga ada gosip mengatakan mereka sudah berpisah selepas Katydilihat tidak memakai cincin pertunangan dan tidak menghadiri Met Gala bersama Orlando awal bulan ini.
Walau bagaimanapun, juri rancangan American Idol ini menyangkal segala gosip liar dengan menyatakan mereka masih bersama bahkan hidup bahagia.
Penyanyi yang popular dengan lagu Dark Horse ini menjelaskan bagaimana mereka saling melengkapi, kerana Orlando mengekalkan sikap positif pada setiap masa, sedangkan dia lebih ‘terdedah kepada kemurungan’.
Dalam satu sesi temu bual bersama Chelsea Handler di podcast Dear Chelsea, Katy menjelaskan yang dia selalu tberfikir bagaimanakah Orlando boleh menceriakan suasana dan ramai orang tertanya-tanya apakah yang dia miliki.
Ujarnya, “Dia benar-benar gembira, aura positif manakala saya seorang yang mudah pening dan boleh mudah terdedah kepada kemurungan. Jadi adalah baik untuk saya berada bersama dengannya kerana dia membuatkan saya tidak terlalu terfikir tentang perkara yang mengganggu fikiran.”
Selain itu, ibu kepada seorang cahaya mata ini turut berkongsi yang dia dan Orlando menggunakan khidmat ahli terapi untuk membantu mereka menjadi lebih baik sebagai pasangan.
“Pasangan anda biasanya melihat sisi terbaik dan sisi terburuk anda kerana mereka berada di sana untuk menjadi cerminan kepada diri kita, Orlando dan saya melakukan terapi pasangan, dan kami menyukainya kerana ia membuatkan kami sentiasa senada dalam apa jua yang dilakukan, dan rasa dendam boleh menjadi sangat kuat apabila anda berdua bekerja keras.
“Tuhan memberkati orang yang berjaya dalam perhatian, jadi apabila anda ingin kembali menjadi normal seperti orang lain yang mana anda mempunyai anak dan sebagainya, anda perlu benar-benar belajar bagaimana untuk menjadi jenis yang berbeza di luar sana dalam dunia yang besar dan juga kecil. Oleh itu, kami mempunyai banyak kejayaan dengan terapi pasangan itu,” jelasnya panjang.
Sekadar informasi, pasangan ini memiliki seorang anak perempuan yang diberi nama Daisy Dove Bloom yang dilahirkan pada 26 Ogos 2020. Selain itu mereka turut membesarkan Flynn Bloom,11, yang merupakan anak Orlando bersama bekas isterinya, Miranda Kerr.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Setelah dimasukkan ke hospital akibat serangan jantung pada Selasa, suami kepada pelakon Jasmin Hamid, Nazmir Abd Rahman akhirnya memaklumkan mengenai keadaan terkini isterinya itu.
Memetik laporan Astro Gempak, Nazmir memberitahu Jasmin kini berada dalam keadaan yang stabil dan sedang berehat di Unit Rawatan Koronari, Hospital Sungai Buloh, Selangor.
Malah, dia juga turut menafikan khabar angin yang mengatakan Jasmin kini sedang ditidurkan.
“Isteri saya stabil dan dia tidak ditidurkan. Dia sedang berehat di hospital selepas doktor memberikannya ubat cair darah.
“Pihak doktor juga memaklumkan isteri saya perlu berehat selama lima hari. Dari situ, baru diberikan keputusan sama ada dia perlu berehat lebih lama atau terus sambung kerja,” katanya seperti yang dipetik.
Tambah Nazmir lagi, pada awalnya dia menyangka isterinya itu hanya mengalami serangan asma namun, setelah mendapatkan rawatan di klinik, pihak doktor mengesahkan isterinya itu mengalami masalah di bahagian jantung.
Pada masa sama, Nazmir akui lega setelah melihat perkembangan terkini isterinya itu
“Mula-mula dia mengadu tak sedap badan dan berpeluh dengan banyak. Kami ingatkan dia terkena serangan asma kerana dia memang ada masalah tersebut.
“Bagaimanapun, bila ke klinik, bacaan ECG menunjukkan yang dia mempunyai masalah jantung. Justeru, dia terus dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.
“Alhamdulillah, sekarang dia sudah stabil dan berharap agar dia akan kembali seperti sedia kala. Harap doakan ya,” katanya.
Sejak pagi tadi, netizen serta rakan selebriti turut meluahkan rasa risau selepas menerima perkhabaran yang menimpa pelakon drama 7 Hari Mencintaiku 3 itu.
Kesemua mereka juga mendoakan semoga Jasmin diberikan kekuatan dan kembali sembuh seperti sedia kala.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Astro Gempak & Instagram Jasmin Hamid
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon yang kini aktif dalam dunia politik, Datin Anne Ngasri mencipta kenangan manis untuk diri sendiri apabila berjaya menamatkan pengajian peringkat diploma dari Kuala Lumpur Business & TVET Institute (KLTVET), baru-baru ini.
Usia bukanlah penghalang, ibu anggun berusia 39 tahun ini ada berkongsi momen indah dengan menggayakan jubah konvokesyen menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram sambil menitipkan rasa syukur.
Difahamkan, Anne Ngasri sukses mencapai cita-citanya dengan menggenggam Diploma Profesional Kemahiran (RFEL) KLTVET.
“With every milestone that I’ve come across, there’s always been a little note at the bottom that’s said, ‘Alhamdulillah Allahumma Barik’,” kongsi ibu kepada enam cahaya mata ini pada ruangan kapsyen.
Meninjau ke ruangan komen, rata-ratanya mengucapkan ucapan tahniah selain mendoakan yang baik-baik terhadap apa sahaja perkara yang dilakukan.
Anne kini merupakan Exco Wanita UMNO Malaysia dan sudah pasti kejayaan yang diraihnya itu boleh menjadi inspirasi kepada ramai orang di luar sana.
Sehingga kini, hantaran berkenaan sudah pun menerima hampir 13,000 tanda suka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon tersohor Hollywood, Demi Moore, diumumkan sebagai wanita paling cantik dunia tahun 2025 oleh majalah antarabangsa People, susulan kejayaan cemerlangnya menerusi filem The Substance.Pelakon...