Golden Screen Cinemas (GSC) menerusi laman sosial Twitter miliknya pada Khamis, mengesahkan filem terbitan Disney, Thor: Love and Thunder tidak akan ditayangkan di Malaysia.
Kemas kini terbaharu itu pastinya mengecewakan peminat filem Marvel yang teruja menantikan tayangannya di sini.
“Pihak Disney sudah mengesahkan filem Marvel Studios’ Thor: Love and Thunder tidak akan ditayangkan di Malaysia.
“Kami hargai kesabaran anda dan memohon maaf di atas segala kesulitan,” tulis GSC.
View this post on Instagram
Sementara itu, pawagam TGV pula memuat naik hantaran yang diselitkan dengan emosi kesedihan di Instagram mereka.
“Sorry gais (minta maaf semua),” yang disertakan dengan emotikon sedih.
Thor : Love and Thunder sepatutnya ditayang di negara ini mulai 7 Julai lalu. Bagaimanapun, tayangannya telah ditunda ke 21 Julai.
Pada 13 Julai, GSC mengumumkan filem berkenaan ditunda lagi ke tarikh yang lain, namun tidak dinyatakan sebabnya.
Filem lakonan Chris Hemsworth itu dikatakan tidak lepas ditayangkan di sini gara-gara terdapat beberapa babak yang memaparkan aksi LGBT.
Selain Chris, filem itu turut dibintangi Christian Bale, Natalie Portman dan Taika Waititi yang turut bertindak selaku pengarah bagi naskhah ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI