“Dua Orang Yang Saya Paling Sayangi, Arwah Abah & Nenek Telah Tiada Di Dunia Ni,” – Aliff Syukri Tunjuk Foto Bermakna

Share

Usahawan popular, Datuk Aliff Syuki meluahkan rasa sedih dan rindu mengenangkan arwah nenek tersayang, Aminah Satar yang hampir seminggu meninggal dunia.

Di samping berkongsi foto keluarga bersama arwah buat kali terakhir, Aliff masih terkesan namun dengan takdir dan ketentuan yang sudah tertulis.

“Kerinduan yang tiada penghujung, gambar ini terlalu bermakna utk family kami. Kebanggaan kami nenek, moyang dan ibu kepda @bondarozitaibrahim yang kami sanjung.

“Bila saya duduk diam, bila teringat dengan arwah saya sedih. Dua orang yang saya paling sayangi iaitu arwah abah dan juga nenek yang telah tiada di dunia ni,” tulisnya.

Dalam pada itu, Aliff turut mengimbau momori bersama nenek tersayang.

“Bila saya balik kampung, saya akan pastikan saya bergambar dengan nenek, tempat yang dan dilokasi yang sama. Sebelum kami menaiki kereta tanda kenangan dan spot di sini terang.

“Tak sangka… Ini adalah gambar kali terakhir kami di kampung selepas ketiadaan arwah. Dan tempat di sini jugalah kami bergambar sekeluarga bersama mak. Saya amat sedih sangat bergambar di sini.

“Slide gambar di sebelah untuk melihat gambar yang lama.. Semoga Arwah Gembira dan tenang di sana. Amin Ya Rab,” tulisnya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata wargamaya menitipkan ucapan takziah dan mendoakan agar Aliff sekeluarga tabah mengharungi ujian ini.

Allahyarhamah Aminah Satar telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 1.30 pagi 3 Oktober akibat komplikasi buah pinggang dan paru-paru.

Foto: Instagram Aliff Syukri

Published by
MH