Projek Video Kenegaraan Bersama Selebriti dan Media terbitan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) sempena meraikan Hari Kemerdekaan Ke-63 telah dijayakan.

Melalui program ini, dua video berunsur kenegaraan dan patriotik dihasilkan berteraskan kepada dua lagu ciptaan baharu. Single berkenaan, Janji Merdeka ciptaan Datuk DJ Dave dan lirik oleh Pui Tiong Gee. Satu lagu lagi berjudul Genderang Cinta, karya Asfan Shah dan lirik KuAlong.

Lagu Janji Merdeka membabitkan penampilan penyanyi legenda dan superstar iaitu Datuk DJ Dave, Datuk Awie, Ella, Siti Nordiana dan Siti Sarah Raissuddin.

Dua Projek Video Kenegaraan FINAS Kumpul Selebriti Baru & Lama, Ekspresi Rasa Cintakan Negara! Dua Projek Video Kenegaraan FINAS Kumpul Selebriti Baru & Lama, Ekspresi Rasa Cintakan Negara! Dua Projek Video Kenegaraan FINAS Kumpul Selebriti Baru & Lama, Ekspresi Rasa Cintakan Negara!

Manakala, lagu Genderang Cinta membabitkan penampilan penyanyi BBNU seperti Wany Hasrita, Aiman Tino, Afieq Shazwan, Luqman Faiz, Neeta dan Asfan Shah.

Ads

Kedua-dua video muzik di bawah arahan Izuan Mokhtar dan dihasilkan atas inisiatif memupuk semangat cintakan tanah air melalui perpaduan bangsa.

“Janji Merdeka adalah luahan kasih sayang terhadap negara yang kita cintai ini. Sejauh mana kita berjalan dan berjaya, Malaysia tetap satu-satunya negara tempat kita berpijak dan berpulang.

“Lagu ini menyuntik semangat dan rasa terima kasih yang tinggi terhadap negara bangsa melalui perjuangan kemerdekaan yang telah digapai oleh nenek moyang kita terdahulu.

Ads

“Merdeka itu bukan sekadar laungan, sebaliknya memerlukan penghayatan dari seluruh jiwa kepada tempat dimana kita dilahirkan, dibesarkan dan membina seluruh kehidupan,” kata DJ Dave yang mengambil masa sekitar seminggu menyiapkan karya baharu itu.

Dua Projek Video Kenegaraan FINAS Kumpul Selebriti Baru & Lama, Ekspresi Rasa Cintakan Negara! Dua Projek Video Kenegaraan FINAS Kumpul Selebriti Baru & Lama, Ekspresi Rasa Cintakan Negara! Dua Projek Video Kenegaraan FINAS Kumpul Selebriti Baru & Lama, Ekspresi Rasa Cintakan Negara!

Ads

DJ Dave turut melahirkan rasa terharu dan bertuah dapat menyumbang suara dalam lagu dan muzik video kenegaraan terbitan FINAS ini.

Ini merupakan inisiatif kerajaan melalui FINAS dalam meraikan sambutan bulan kebangsaan ke-63 serta menyemai semangat mencintai tanah air tercinta.

Sementara itu, Asfan Shah yang juga komposer muda prolifik pula menganggap peluang yang diberikan oleh FINAS sebagai sesuatu yang bermakna dalam kerjayanya.

“Peluang mencipta sebuah lagu berunsur patriotik kenegaraan begini tidak selalu hadir. Saya sangat teruja berkolaborasi dengan artis baharu dan lama dalam projek kenegaraan ini,” jelas Asfan.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI