Selepas lebih dua tahun ‘terselamat’, penyanyi rap Caprice akhirnya tewas apabila dia disahkan positif Covid-19 pada Isnin.

Berkongsikan perkara itu di laman Instagramnya, Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli, 34, berkata dia mula mengalami simptom seperti deman dan batuk yang teruk sejak dua hari lalu.

“Selepas dua tahun berjaya selamat daripada Covid-19, akhirnya kena juga.

Dua Tahun Bertahan, Caprice Akhirnya Tewas Apabila Disahkan Covid-19 Dua Tahun Bertahan, Caprice Akhirnya Tewas Apabila Disahkan Covid-19

“Alhamdulillah, saya sudah demam sejak dua hari lalu dan disebabkan demam makin teruk saya pun buat ujian calitan malam semalam (Ahad) dan keputusannya positif.

“Buat ujian kali kedua pun hasilnya positif,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Ads

Dua Tahun Bertahan, Caprice Akhirnya Tewas Apabila Disahkan Covid-19

Dua Tahun Bertahan, Caprice Akhirnya Tewas Apabila Disahkan Covid-19

Caprice turut bertanyakan kepada pengikutnya di Instagram adakah perlu dia pergi mendapatkan rawatan di hospital disebabkan simptom dialaminya itu.

Ads

“Demam panas, batuk teruk dan hidup tersumbat… perlu ke saya dapatkan rawatan di hospital?

“Sesiapa yang ada pengalaman dengan Covid, apa yang boleh saya amalkan dari rumah?” tanya Caprice.

Dua Tahun Bertahan, Caprice Akhirnya Tewas Apabila Disahkan Covid-19 Dua Tahun Bertahan, Caprice Akhirnya Tewas Apabila Disahkan Covid-19

Walaupun positif Covid-19, namun Caprice melihat perkara itu ada hikmahnya, yang mana dia boleh ‘memanfaatkannya’ untuk mendapatkan rehat secukupnya.

Ads

“Mungkin ini sahaja cara untuk suruh kita rehat. InsyaAllah saya akan kembali bekerja nanti.

“Minta maaf semua, saya akan lakukan sebaik mungkin untuk melawan jangkitan ini,” tulisnya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto:  Instagram Caprice

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI