“Dua Tahun Ibu Bawa Berubat Dengan Ramai Ustaz,” – Penyanyi Remaja, Sheikh Baseer Dikatakan Terkena Sihir

Share

Penyanyi remaja, Sheikh Baseer membuat pendedahan apabila mendakwa dirinya dikatakan telah terkena sihir atau ilmu hitam.

Baseer, 18 yang sinonim menerusi program Ceria Megastar berkata, dia pulang ke hampung halamannya di Johor untuk menjalani rawatan selepas terkena sihir daripada individu yang rapat dengannya. 

“Saya tak sangka di usia yang masih muda iaitu 15 tahun, ada individu yang kurang senang dan tergamak melakukan perkara terkutuk serta mengambil kesempatan terhadap saya.

“Dua tahun ibu bawa saya berubat dengan ramai ustaz di Johor. Entah kenapa tiba-tiba saya lupa ingatan. Rasa seperti tidak boleh berfikir dan pelbagai insiden pelik berlaku.

“Malah, ibu saya juga terpaksa berhenti kerja keraa perlu menjaga saya.

“Alhamdulillah, saya kini beransur pulih dan berharap individu terbabit kembali ke pangkal jalan. Pintu taubat masih terbuka. Janganlah menganiaya saya dengan perkara yang paling keji itu,” katanya. 

Pendedahan tersebut dibuat bintang muda ini menerusi Harian Metro.

Sementara itu, dia turut mengharapkan agar kemunculan semula dalam industri seni dapat mengembalikan zaman kegemilangannya kerana bidang muzik adalah impian sejak kecil.

Malah, dia turut mengharapkan sokongan berterusan daripada semua pihak.

“Walaupun macam-macam perkara berlaku dalam hidup, namun saya percaya Allah akan sentiasa bantu dan bersama dengan saya.

“Doakan semoga saya terus kuat dan sembuh sepenuhnya. Saya nak kembali menghiburkan peminat dan pencinta muzik. 

“Walaupun tempoh dua tahun terbuang begitu saja, namun saya harap siapa yang pernah menyokong saya dulu masih terus bersama menyokong karier saya,” katanya lagi yang kini tampil dengan single terbaharu berjudul Sudahlah.

Dia juga bakal tampil dengan lagu berjudul Mama tidak lama lagi.

Foto: Instagram Sheikh Baseer

Published by
MH