“Dua Tahun Kebelakangan, Dia Banyak Dekatkan Diri Dengan al-Quran, 19 kali Arwah Khatam,” – Neelofa

Share

Selebriti popular, Noor Neelofa mengulas lanjut mengenai pemergian sepupu lelakinya, Noor Mohamed Faisal Noor Amran, semalam, berpunca daripada masalah kesihatan melibatkan jantung dan buah pinggang.

Menurut Neelofa, 33, dia mengetahui berita tersebut menerusi komen yang ditinggalkan pengguna Instagram sebelum dihubungi ahli keluarga.

“Arwah sepupu baru berusia 37 tahun. Saya difahamkan dia ada masalah dari segi jantung dan buah pinggang. Kita sedia maklum arwah sebelum ini masuk hospital dan ditidurkan dua hari.

“Ketika saya buat ‘IG Live’ bersama Ustazah Datuk Dr Norhafizah Muda, saya terima banyak mesej dan panggilan video daripada ahli keluarga.

“Kemudian banyak yang komen ucapan takziah. Saya hentikan sesi tersebut dan mengetahui sepupu meninggal dunia selepas itu.

“Arwah meninggal dunia kira-kira jam 10 malam lebih, jadi ibu saudara hasrat mahu terus uruskan soal pengebumian jenazah,” katanya.

Neelofa ditemui pada Majlis Berbuka Puasa Neelofa & Haris di Cili Kampung, Hartamas pada Khamis.

Ibu kepada seorang cahaya mata ini bagaimanapun reda atas pemergiaan ahli keluarga di bulan penuh keberkatan ini.

“Bagi saya, pengakhirannya sangat indah dan tidak disangka. Arwah mempunyai empat orang anak dan seorang balu.

“Sejak dua tahun kebelakangan, dia banyak mendekatkan diri dengan al-Quran. 19 kali arwah khatam al-Quran dan boleh menjadi inspirasi dan semangat buat kita juga, insyaAllah.

“Allah ambil dia di bulan yang baik. Semoga syurga buat Allahyarham. Kami maklum dia ada mengadu sakit dua tiga hari pada bulan puasa di tidurkan selepas itu,” katanya.

Jenazah selamat dikebumikan di Pasir Mas, Kelantan, bersebelahan dengan pusara Allahyarham datuk mereka.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Published by
MH