Belum pun reda mengenai drama rantaian Pia yang sudah pun sampai ke penghujungya semalam, para peminat Naim Daniel mulai mengucapkan tahniah buat bintang muda itu gara-gara memperkenalkan ‘rakan alam maya’ yang telah dikenalinya kira-kira dua tahun lalu.
Perkongsian tersebut dibuat Naim menerusi salah satu entri Instagramnya yang terkini.
Tidak dinafikan kebelakangan ini, nama figura popular termasuk pempengaruh media sosial yang tidak berkongsi tentang apa yang sedang berlaku di Palestin menjadi perhatian dalam kalangan netizen.
Masing-masing memberikan reaksi pelbagai susulan hal yang berlaku.
Ini kerana ada netizen berpendapat, individu yang mempunyai pengaruh besar di media sosial misalnya boleh menggunakan platform yang ada khusus memupuk kesedaran dalam kalangan pengikut mereka susulan kemelut yang berlaku.
Bagaimanapun, ramai sebenarnya individu popular menggunakan platform sosia mereka misalnya berkongsi perkembangan terkini dan juga membantu meraih dana bagi disalurkan kepada yang memerlukan.
Adik kepada Neelofa iaitu Ameera antara sebilangan pempengaruh yang menggunakan sosial media dengan sehabis baik berkongsi hal-hal yang berkaitan.
Dia dilihat berani berbuat demikian meski mempunyai banyak ‘engagement’ daripada luar negara berkaitan soal komitmen kerjaya.
Malah, pelakon terkenal Daiyan Trisha juga berbuat perkara sama sambil menyatakan sokongan dan perkongsian mempertahankan negara Palestine yang kini sedang bergolak.
Biarpun menyedari perkongsian itu mungkin boleh menjejaskan hubungan kerja dengan jenama antarabangsa, namun dia percaya segala rezekiNya.
Tahniah diucapkan buat pelakon Eyra Hazali yang telah pun selamat melahirkan cahaya mata lelaki pada Jumaat.
Berita itu dikongsikan suaminya yang juga penjaga gol JDT, Muhammad Haziq Nadzli menerusi Instagram.
Menzahirkan ucapan terima kasih buat semua atas doa, Haziq turut menyatakan rasa cinta buat isteri dan anak sulungnya.
“Alhamdulillah, terima kasih kepada yang mendoakan. Terima kasih, sayang.
“Papa dan mama love you, MHQ,” tulis Haziq.
Sementara itu, Eyra turut memuat naik sepotong video pendek di Insta Stories lewat malam tadi.
Sebelum ini, Eyra atau nama sebenarnya, Hazirah Qasdina Hazali mendedahkan mereka bakal menimang anak lelaki menerusi sekeping foto baju bayi yang tertulis ‘It’s a boy’.
Eyra dan Haziq mendirikan rumah tangga pada 1 November tahun lalu di Masjid As Syakirin, KLCC Kuala Lumpur.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, Stacy Anam menafikan dakwaan yang mengatakan single terbaharunya yang berjudul ‘Menyala’ merupakan respon balasnya selepas terpalit kontroversi penarikan diri daripada sebuah konsert, baru-baru ini.
Menurut Stacy, lagu yang turut menerapkan elemen negeri Sabah itu sebenarnya telah dihasilkan sebelum kontroversi tersebut tercetus.
“Sebenarnya, lagu ini sudah dihasilkan sebelum isu kontroversi itu terjadi. Jika ada pihak yang merasakan saya seperti mahu bersaing, pada saya, itu juga merupakan sebahagian daripada penceritaan.
“Bila isu tersebut terjadi, ada baik dan buruknya juga. Saya hanya berfikiran positif dalam apa juga hal yang mendatang.
“Beginilah dunia hiburan. Saya okay sahaja dengan apa juga persepsi yang dibuat oleh orang luar. Yang penting kita sentiasa melangkah ke hadapan,” katanya kepada MH.
Isteri kepada penyanyi, Akim Ahmad itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media dan tayangan muzik video lagu ‘Menyala’ yang berlangsung di Courtyard By Marriot, Kuala Lumpur pada Khamis.
Malah, Stacy turut menjelaskan elemen Sabah
ini sememang sudah sinonim dengan karya-karyanya sejak pertama kali menceburkan diri di dalam dunia seni.
“Kalau anda perasan, sejak daripada 2009, saya keluar dengan lagu ‘Pakai Buang’. Dari situ, saya sudah mula meletakkan signatures iaitu elemen Sabah. Dalam lirik lagu itu ada dialek Sabah.
“Malah, menerusi lagu Kasanova, saya selitkan tarian Sumazau. Jadi, untuk perkara seperti ini, ia bukan baharu buat saya untuk tunjukkan budaya saya sebagai trademark.
“Saya selesa dengan imej seperti ini. Ia melambangkan diri saya. Itu yang membezakan saya dengan orang lain.
“Mungkin orang lain ada cara yang tersendiri namun, untuk genre rock dan dance ini, saya suka bila ada karakter asli saya dalam setiap karya yang dihasilkan,” katanya lagi.
Menyala merupakan percubaan pertama Stacy untuk keluar daripada zon selesa dan menghasilkan sepenuhnya karya ciptaannya sendiri.
Katanya lagi, inspirasi untuk menghasilkan lagu ini tersebut selepas melihat sokongan peminat sewaktu bertanding di program The Hardest Singing Show (THSS).
“Lagu ini siap dicipta selepas tamat program THSS pada bulan Jun. Ketika di program tersebut, memang saya sendiri yang menyusun dan menggubah lagu.
“Saya memang di dalam momentum untuk menghasilkan muzik dan lagu. Malah, di THSS, saya ada buat persembahan bertemakan Sabah.
“Jadi, ia sangat berkait rapat daripada THSS sehinggalah terhasilnya lagu ini. Saya ingin berterima kasih dengan perjalanan yang telah saya lalui sepanjang tahun ini.
“Perjalanan itulah yang merealisasikan lagu ‘Menyala’,” akhirinya.
Sekadar informasi, Menyala merupakan kerjasama antara Sony Music Entertainment Malaysia, Alternate Records dan Rhythm & Rhyme Entertainment yang sudah berada di semua platform digital dan penstriman.
Muzik video Menyala pula boleh ditonton bermula 5 Disember di saluran Youtube Sony Music.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!