Uncategorized

Duduk Dalam Kejiranan, Lan Solo Kongsi Pengalaman – “Memang Ada Macam-Macam Ragam Sebenarnya.”

Share

Baru-baru ini, isu segelintir masyarakat yang mempamerkan tingkah laku tidak elok sehingga menganggu keselesaan jiran tetangga lain semakin menjadi perbualan hangat.

Bagi penyanyi dan usahawan Lan Solo, dia mengakui pernah berdepan situasi sama, cuma mungkin situasinya berbeza.

“Dulu tu pernah lah, masa duduk di kawasan perumahan teres sebelum ini. Memang ada macam-macam ragam sebenarnya.

“Tapi yang dasyat tu tidak lah, tapi macam gangguan bunyi tu pernah lah,” katanya jujur.

Lan atau nama sebenarnya Muhammad Razlan Mohamed Yusof menambah, setiap harus bersikap toleransi antara satu sama lain.

Jelasnya lagi, cuba berbincang secara baik adalah langkah terbaik untuk menangani masalah tersebut.

“Sebenarnya saya ni jenis seorang yang malas nak ambil tahu sangat, maksudnya malas nak bising atau kecoh untuk jadikan benda itu sebagai satu masalah.

“Kita ni hidup berjiran kena ada toleransi selalu sebab kita tak tahu hari nanti macam mana.

“Mana tahu kalau kita tengah dalam kesusahan, tiba-tiba jiran yang kita marah tu lah akan bantu kita balik.

“Jadi, saya akan cuba bertoleransi dengan jiran dengan cara berbincang. Inisiatif yang terbaik adalah dengan melalui perbincangan,” katanya lagi.

Lan berkongsi pendapatnya itu bersama penonton ketika diundang sebagai tetamu jemputan program Wanita Hari Ini di TV3 pada Selasa.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto: Instagram Lan Solo

Published by
Nazar Rafiqhi