Pelakon Shima Anuar berkongsi aktiviti sihat dirumah apabila negara kini menghadapi kekangan mengenai wabak Coronavirus (COVID-19).
Menurut bintang filem Highlands Tower itu, dia melakukan beberapa aktiviti senaman ringan dan mengamalkan makanan berkhasiat seperti bijirin,oats.
“Selamat pagi! Dah kena duduk rumah je ni jangan pulak makan tido makan tido. Buat la apa2 aktiviti kat rumah ok. Kena active. Keluarkan peluh.
“So this is my weight now. Dah stop diet. Makan macam biasa. But still with oats. Sbb i memang suka oats. Oats juga bagus untuk kurangkan kolestrol dlm badan kita.
“And for now studio yg i pegi pilates tu pun tutup buat sementara waktu, so akan exercise dekat rumah je. Stay safe everyone! Be healthy,”tulisnya.
Malah, ibu kepada dua orang cahaya mata itu turut berpuas hati dengan berat badannya kini,menurun sebanyak tiga kilogram dalam tempoh enam hari.
Malah,Shima turut berkongsi aktiviti dan pemakanan seimbang yang diamalkannya sejak kebelakangan ini.
Foto: Instagram Shima Anuar
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI