Isteri kepada pengacara My Doctors, Dr. Say Shazril, Dr Azura Abas selamat melahirkan putera sulungnya dua hari lalu. Perkongsian gembira itu dikongsikam doktor viral ini menerusi Instagram.
Bayi seberat 3.3 Kg itu dilahirkan secara pembedahan di Subang Jaya Medical Center dan dia turut memuat naik foto sedang memangku cahaya mata lelakinya itu dan terkini dia turut berkongsi foto isteri tersayang.
Terdahulu pada posting sama, Dr. Say ada berkongsi detik cemas yang dialami sebelum isteri kesayangannya bersalin.
Terkini, Dr. Say terusan berkongsi detik gembiranya bersama isteri saat menantikan putera sulung lahir ke ke dunia.
Malah, Say turut membuat kesimpulan mengenai kisah rumah tangganya sedari awal hinggalah dikurniakan rezeki zuriat.
“Kpd yg mengenali kami mungkin tau knape baby kami ni merupakan satu keajaiban buat kami. Kpd yg baru mengenali kami, meh sy simpulkan dlm satu part. Sy & bini berkahwin sejak 2014 & kami mengamalkan lifestyle yg agak sihat namun begitu kami tidak dikurniakan rezeki dari-Nya sehinggalah tanggal 10 Ogos 2018 pabila bini sy disahkan mengandung.
“Masa tu mmg kami happy ke langit sb yelah dekat 4 tahun kami menunggu. Tup tap masa 27 minggu mengandung, bini sy mengalami pendarahan yg agak teruk sehingga dimasukkan ke wad,” tulisnya.
Saya juga berkongsi faktor yang menyebabkan berlakunya penderahan yang teruk hingga terpaksa ditahan di hospital.
“Happy ke langit kami kini bertukar suram menjulam krn punca utama pendarahan tidak dpt diketahui wlpn baby aktif bergerak & bini xmengadu kesakitan. Pregnancy diteruskan & Alhamdulillah tiada lg pendarahan. Namun begitu jatuh ditimpa tangga kami tidak berakhir di situ.
“Due date baby lahir spatutnya 17 Mei 2019. Tiba2 air ketuban bini pecah sedikit awal on 5 Mei 2019 which is normal, cumany tiba2 denyutan jantung baby merudum & tuk mengelakkan baby lemas, pembedahan emergency cesarean harus dilakukan scpt mungkin & smase operation didapati tali pusat mengikat leher baby kami teramat ketat tapi baby kami berjaya diselamatkan.
“Sepatutnya end of story la kan? No peeps, mase tgh operation tu jugak, pakar menemui banyak lekatan di organ2 dlmn bini disebabkan bini sy pernah undergo operation tuk burst appendicitis mase die berumur 17 tahun.
“Pakar sndiri terkejut akn bgaimana bini sy boleh hamil krn lekatan terlalu teruk yg menganggu anatomi saluran peranakkan bini. Kalau korg rase ni xckup miracle, xtau nk crita cmne lg dh,” maklum Say sambil memanjat rasa syukur.
“Syukur Alhamdulillah yg teramat ssgt kepada Allah atas pemberian terbesar dlm hidup kami ni. Sbnrny kalau baby kami girl, mmg kami nk namakan dia Mireille (miracle in French), tp sb boy nama xabis pikiaq lg,” tulisnya panjang lebar.
Sebagai rekod, Dr.Say dan Dr. Azura Abas telah berkahwin sejak 30 Mac 2014 selepas lima tahun berkenalan.
Foto: Instagram Dr. Say
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI