“Dugaan Untuk Mak Dan Anak, First Time Masuk Wad,” – Belum Dibenarkan Melawat, Lan Solo ‘Update’ Perkembangan Ibu

Share

Penyanyi, Lan Solo mengakui berasa amat bimbang dengan tahap kesihatan ibunya yang ketika ini sedang menerima rawatan di Hospital Shah Alam, Selangor.

Menurut Lan, buat masa ini, ibunya itu sedang ditempatkan dibawah penjagaan rapi dan dia sekeluarga juga difahamkan masih lagi tidak dibenarkan untuk melawat.

“Dugaan untuk mak dan anak-anak. Mak 1st time masuk wad. Dengan situasi sekarang. Tak boleh teman. Tak boleh jaga kat wad.

“Tak boleh ada pelawat dengan pelbagai prosedur yang kena ikut. Sebagai anak-anak, kami terpaksa akur. Allah ada menjaga,” tulisnya.

Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh bekas vokalis kumpulan Kristal itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

Bagaimanapun, Lan memberi tahu, dia kini mampu menarik nafas apabila doktor memaklum tahap kesihatan ibunya ketika ini sedang menunjukkan tanda-tanda positif.

“Alhamdulillah petang tadi dapat kol daripada hospital. Ada juga result yang baik untuk mak. Selain dari penyakit-penyakit yang dah tersedia ada.

“Cuma mak masih perlukan pemantauan doktor lagi untuk beberapa hari. InsyaAllah lepas beberapa result lagi keluar dan kesihatan mak semakin pulih. Mak mungkin boleh balik. Terus doakan MAK ye,” jelasnya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan memberikan kata-kata semangat selain turut mendoakan semoga ibunya itu lekas sembuh.

“Semoga cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan. Amin.

“Semoga maknya sembuh seperti biasa dan dipermudahkan urusan oleh Allah.

“Semoga diangkatnya penyakit ibu Lan Solo dan dimudahkan segala urusan Lan. Ameen.

“Semoga dipermudahkan segalanya dan cepat sembuh buat bonda tersayang saudara,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.

Dalam perkembangan lain, Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.

Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!

Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!

Sumber: Instagram Lan Solo

Published by
Aizam Manaf