Meski sudah bergelar selebriti popular, namun Achey tetap meneruskan kehidupan secara bersederhana.
Mana tidaknya, Achey telah berkongsi foto yang merakamkan isterinya, Nor Hasanah Yahaya atau mesra dengan panggilan Anne meniaga satay di sebuah pasar malam.
“Ni @anne_achey isteri saya dan adiknya..
“P/s .. duit akan habis tapi halal takkan habis,” tulis Achey.
View this post on InstagramNi @anne_achey isteri saya dan adiknya.. .. .. .. P/s .. duit akan habis tapi halal takkan habis..
A post shared by achey Bocey 013-6408967 (mngr) (@acheykintangkintung) on
Menerusi ruangan komen pula, netizen memuji sikap sederhana keluarga bahagia ini yang sanggup menjual satay, meski sudah bergelar selebriti popular.
Difahamkan, lokasi tersebut terletak di Segamat, Johor.
Untuk rekod, kumpulan Bocey yang dianggotai oleh Fad, Abam dan Acey dinobatkan sebagai naib juara Maharaja Lawak Mega (Akhir) 2018 awal tahun ini.
Foto : Instagram Acey
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Akan Tenung Sahaja, Bukan Jenis Terpekik…, – Nabila Huda Ibu Sporting, Ada Cara Sendiri Didik Anak
Umum mengetahui, pelakon, Nabila Huda merupakan seorang ibu yang sangat rapat dengan anak perempuannya, Keisha Laila.
Malah, Nabila juga sering berkongsi telatah mesra serta rutin memasak buat anaknya itu di media sosial.
Ketika ditemui media, Nabila memaklumkan dirinya bukanlah seorang ibu yang tegas dan sentiasa boleh bertolak ansur dengan anaknya itu.
“Saya bukan seorang ibu yang terlalu tegas sehingga buat itu ini pun tak boleh. Saya ibu yang sangat sporting.
“Macam mana anda melihat saya di luar, begitu juga saya berkomunikasi dengan anak,” katanya kepada MH.
Perkara itu dikongsikan sendiri oleh anak kepada penyanyi rock lagenda, Amy Search itu ketika ditemui di majlis sidang media program The Masked Singer Malaysia musim ke-4 baru-baru ini.
Bagaimanapun, Nabila mendedahkan dirinya akan tetap menegur anaknya sekiranya dia ada melakukan kesilapan.
“Namun, ada masanya saya akan bertukar kepada watak antagonis. Dia pun tak boleh hadam kalau saya sebegitu dan dia akan jadi takut sangat dengan saya.
“Saya hanya akan tenung sahaja. Saya bukan jenis yang terpekik-pekik tapi kalau dah geram sangat, saya memang akan menjerit kemarahan.
“Saya akan tanya dia, kenapa buat perkara yang saya tak suka atau hal-hal susah. Saya bagi amaran supaya dia tak nampak saya berubah ke sisi yang lain.
“Dia pun takkan sanggup tengok. Terus dia tak buat perangai,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, pelakon filem Rahsia ini turut memuji keperinadian anaknya yang sangat sopan dan baik hati.
“Dia seorang anak yang sangat baik. Sifatnya sangat berbeza dengan saya. Dia lemah lembut dan sopan. Dia mengikut perangai suami saya.
“Dia tak pernah meninggi suara. Ada kalanya dia yang lebih ibu daripada saya. Dia pula yang tegur saya supaya jaga perangai,” kongsinya lagi.
Sekadar informasi, Kaisha merupakan satu-satunya anak Nabila hasil perkahwinan terdahulu bersama bekas suami, Zaidy Zailani pada tahun 2008.
Mereka bercerai selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga.
Nabila kemudiannya mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama jejaka pilihan hatinya, Mohd Izwan pada tanggal 25 Disember 2015.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Nabila Huda
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kawan-Kawan Mengusik Dan Saran Agar Saya Menegurnya…,” – Suami Raja Ilya, Trent Garrett Buka Rahsia
Khamis malam, telah berlangsung majlis resepsi pelakon jelita, Raja Ilya dan suami, Trent Garrett di Star Avenue Lifestyle Mall, Subang.
Jadi momen bermakna buat mempelai, persandingan pasangan ini bak hikayat dongeng.
Tampil anggun, Ilya mengenakan persalinan gaun kembang berpenrincian rona ungu bak puteri sementara suami, kacak menerusi sut hitam.
Jelas Trent, perkenalannya dengan pelakon berusia 34 tahun ini bermula apabila dia secara tidak sengaja terjatuh passport perjalanan sewaktu di lapangan terbang dan wanita tersebut pantas menghulurkan passport yang tercicir.
Terpaku dengan kejelitaan Ilya sehingga dia hanya mampu melihat wanita itu berlalu begitu sahaja.
“Pada waktu itu, saya terjatuh pasport dan wanita ini memanggil saya dan menghulurkannya. Pandangan mata saya begitu terpesona dan terpaku dengan wanita di hadapan sehingga tidak mampu berkata-kata.
“Waktu itu kawan-kawan saya mengusik dan menyarankan agar saya menegurnya dan memberikan kad nama. Saya hanya menulis nama dan Facebook dan memintanya menghubungi saya.
“Saya letakkan di atas kerusi dan seterusnya saya serahkan kepada takdir. Dua hari kemudian, dia hubungi saya dan katakan saya tertinggal pas pelepasan.
“Itulah detik pertemuan kami. Memang sangat menakjubkan,” kongsinya yang turut menitiskan air mata sewaktu memberikan ucapan istimewa buat isteri tercinta.
Sebelum kembali aktif berlakon, Ilya terlebih dahulu pernah bekerja di awan biru bersama sebuah syarikat penerbangan.
Ilya dan Trent Garrett berkahwin pada 23 Disember lalu dalam sebuah majlis ringkas di Perth, Australia.
Pasangan itu telah berkenalan sejak enam tahun lalu.
Foto : Instagram Raja Ilya
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Nampak Progres, Alhamdulillah Saya Sangat Okay…,” – ‘Update’ Keadaan Terkini, Fazli Zainal Sudah Beransur Pulih
Penyanyi, Fazli Zainal yang sedang bertarung dengan jangkitan wabak Covid-19 ada berkongsi perkembangan tahap kesihatan terkini dirinya yang kini sudah beransur pulih dan bertambah baik.
Fazli atau nama sebenarnya Fadzli Zainal memaklumkan perkara tersebut menerusi satu hantaran di akaun Instagram miliknya.
Dalam pada itu, penyanyi yang sinonim dengan lagu berjudul Harapan ini menitipkan ucapan terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan buat dirinya.
“Alhamdulilah beransur pulih & nampak progress. Sabar yer semua, alhamdulilah saya sgt ok. Terima kasih atas doanya semua,” tulisnya.
Sebelum ini, Fazli telah sah dijangkiti wabak Covid-19 beberapa minggu yang lalu dan dikejarkan ke Hospital Ampang, Kuala Lumpur selepas paras oksigen dalam tubuh badannya menurun ke 75 peratus.
Selepas itu, Fazli dimasukkan ke Unitr Rawatan Rapi (ICU) bagi meningkatkan kembali paras oksigen dalam tubuh badannya.
Foto: Instagram Fazli Zainal
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI