Categories: Uncategorized

“Duit? Biar Saya Beritahu Anda, Cinta Sejati Bukan Berdasarkan Perkara Itu,” – Selesai Tunang Dituduh Mata Duitan Pula, Ini Respon Intan Najuwa

Share

Majlis pertunangan pelakon kecil molek, Intan Najuwa beraama seorang ahli perniagaan asal Kedah, Razrul Anwar Rusli yang berlangsung Ahad lalu menerima pelbagai reaksi dalam kalangan netizen di laman sosial.

Meski ada rata netizen mengucapkan tahniah atas pertunangan pasangan itu, bagaimanapun ada juga yang beranggapan pelakon Tuan Danial itu memilih usahawan berusia 38 tahun itu adalah disebabkan harta.

Bagaimanapun, Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abdul Wahid menafikan perkara berkenaan menerusi salah satu kapsyen yang dikongsikan menerusi Instagram.

Jelasnya, cinta mereka bukan berdasarkan duit tetapi kehadiran Razrul Anwar memberikan inspirasi untuk dirinya menjadi lebih baik.

“Lelaki di samping saya, menjadikan diri saya hari ini. Kehadiran dia dalam hidup saya memberikan inspirasi untuk jadi lebih baik setiap hari.

“Dia seorang yang penyayang, memahami dan sentiasa menyokong. Jadi, saya ada terima banyak komen hari ini. Duit? Biar saya beritahu anda, cinta sejati bukan berdasarkan perkara itu.

“Ia berdasarkan hormat, kompromi, penjagaan dan kepercayaan. Jangan sesekali menghakimi seseorang. Hanya awak @ezurazz, keluarga dan rakan sahaja tahu siapa saya. Terima kasih atas semua ucapan,” perjelas Intan.

Intan dan pasangannya juga turut mengadakan majlis pertunangan tersebut pada 18 Ogos lalu bersempena tarikh ulang tahun kelahiran pelakon itu yang ke-22 dan dihadiri keluarga serta rakan terdekat.

Sementara itu, bintang ini turut memuat naik beberapa foto belakang tabir majlis tunang yang dilangsung di Johor Bharu itu.

Terdahulu, heroin yang mulai dikenali menerusi drama rantaian, Kekasih Paksa Rela itu ada mendedahkan perkara berkenaan sejurus menerima komen terbabit di Instagramnya sejak Isnin.

Malah, ada rakan yang turut memberikan komen berhubung kritikan segelintir netizen dan ada di antara komen berkenaan yang turut mendapat reaksi Intan.

Menerusi laporan media sebelum ini, Intan memaklumkan mereka masih belum menetapkan sebarang tarikh pernikahan disebabkan jadual kerja yang padat.

Foto: Instagram Intan Najuwa

Published by
MH