“Duit Datang Dari Mana?” – Cuti Bekerja, Dr Say Jaga Orang Rumah Berpantang

Share

Kerjaya sebagai doktor bebas memberi kebebasan buatnya mengatur waktu bekerja.

Malah, Dr Say Shazril memberitahu, dia nekad bercuti selama dua bulan bagi menjaga isteri berpantang kerana tidak mahu menyusahkan kedua ibu bapanya.

Tambah model ikan dan bintang Insta ini lagi, mereka tidak perlu pembantu kerana semuanya boleh dilakukan sendiri.

Topik : Pengakhiran 2 Bulan Paternity Leave Ku

“D beauty of working as a freelance doctor ialah kami boleh atur sendiri bila kami nk kerja & bila kami nak rehat. Memandangkan ni anak pertama & sy xnk sshkn parents sy atau mertua, maka sy decide tuk jaga bini & baby spnjng 2 bulan bini cuti bersalin bermula 1.5.2019 aritu. Awat xamik helper? Bg sy xperlu lagi sb anak baru sorg, rumah xmahligai mana & paling penting kebebasan + privacy buat kami.”

Doktor viral ini juga berkongsi tips bagaimana merancang kewangan agar dia tidak perlu menanggung beban sepanjang dua bulan tidak bekerja.

“Sy tau mst ada yg curious “duit dtg dari mana?”. 1st of all sy xdak mak mahupun bapak ayam cuma sebelum bini cuti bersalin sy bersungguh2 buat freelance doctor dari pagi sampai ke malam spy cukup keewangan tuk tanggung bini bersalin, keperluan baby & perjelaskan loan umah + kete tuk 2 bulan. All it takes is just PLANNING.

“Awai2 mmg sy resah sb kos operation bini buat budget sy lari tp lepas kelahiran baby Alhamdullilah jobs yg masuk menghilangkan keresahan sy. Betul kata kalian, rezeki baby tu serius LUAS.

“Tp xsemua indah, sepanjang 2bln ni sy rasa kurang progression pd diri sy sb yelah almost hari2 duduk rumah xdpt ke mane sgt sb baby baru lahir perlu extra care & attention. Dlm erti kata lain, sy dpt rasekan manliness sy sedikit berkurangan sb raseny mmg lumrah seorg lelaki kena kluar cari rezeki, so bila duduk rumah lama2 pishang gila uiii. Maka arini masa tuk kembali beraksi berjumpa pesakit kembali. Yezzza masa tuk olaa peeps kt klinik!”

tulisnya panjang lebar.

Netizen memuji tindakan doktor ini yang sentiasa memberi sokongan dan penghargaan buat isteri tercinta.

Foto : Instagram Dr Say

Published by
Noraini Abd Wahab