Rezeki menyebelahi kumpulan Shiro apabila diumum sebagai juara Maharaja Lawak Mega 2018 yang membawa pulang wang tunai bernilai RM500,000 dan sebuah trofi sumbangan Astro.
Keputusan berkenaan telah pun diumumkan, sejurus kesemua peserta selesai membuat persembahan, malam tadi.
Gandingan hebat antara Ajak dan Shahrol,masing-masing membawa pulang wang tunai bernilai RM250,000.
Ditanya mengenai hadiah kemenangan, Ajak memberitahu dia berhajat untukp menunaikan umrah bersama keluarganya.
“Saya rancang nak pergi umrah sekali lagi sebab dulu niat memang nak pergi umrah,tapi tak pergi juga…
“Sehinggalah tahun lepas, saya berpeluang pergi sana,” kata Ajak kepada MH sejurus selesai program realiti komedi yang berlangsung di Royale Theatre Shah Alam malam tadi.
Dalam masa yang sama, Ajak sempat berkongsi detik terindah ketika berada di Kota Suci itu.
“Masa saya di sana,saya berdoa agar dimurahkan rezeki…
“Setiba sahaja saya di Malaysia banyak tawaran saya dapat antaranya bidang pengacaraan, penyampai radio dan terlibat dalam program ini (Maharaja Lawak Mega), sekali gus kumpulan Shiro diangkat sebagai juara musim ini,” tambah Ajak.
Lantas,Ajak menjelaskan bahawa dia akan menggunakan duit tersebut untuk menunaikan umrah bersama keluarga.
“Alhamdulillah doa yang saya pohon masa di sana (Mekah) termakbul oleh Allah…
“Jadi,duit ini bukanlah untuk saya berjalan-jalan,tapi saya gunakan ‘balik’ dan ucap terima kasih kepadaNya,” jelas Ajak.
Manakala,Shahrol pula akan melakukan perkara yang sama (menunaikan umrah) bersama ibunya.
Dalam pada itu, kumpulan Bocey diumum sebagai naib juara, kumpulan Zero di tempat ketiga,diikuti kumpulan Puteh ditempat keempat dan tempat kelima, kumpulan Taman.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI