Selepas memuat naik beberapa video serta kenyataan penjelasan menerusi kapsyen berkaitan isu kunjungannya ke kediaman balu Allahyarham Abam Bocey, Nor Hidayah Mohd Ali, Aliff Syukri sekali lagi ada memberi reaksi berhubung hal yang sedang diperkatakan itu.

Kongsinya menerusi Instagram, dirinya rasa sedih dan serba salah gara-gra cuba menghulurkan bantuan.

IKLAN

Malah jelas pelakon Badang ini lagi, sebelum ini dia sering saja membuat sesi ‘live’ di media sosial setiap kali melakukan perkara berkenaan.

“Kenapa salah sy?? bantu salah tak bantu pun salah. Saya sedih sangat sbb apa yang saya lakukan sekadar ingin memberi bantuan berupa produk @as.legacymalaysia dan keperluan asas pada beliau tetapi disalah.

“Sebelum ni kalau korang tengok pun saya banyak membantu orang lain dan kalau saya bantu saya akan buat live tak kisah siapa pun dia.

IKLAN

“Kalau difikirkan saya beli rumah saya yang saya duduk sekarang ni pun tak de pun saya guna duit youtube beli kereta semua tak ada pun. Rancangan terlajak kasih ni pun sy lakukan untuk salurkan sedikit drpd rezeki sy kpd mereka yg lbih memerlukan di luar sana,” tulisnya.

Aliff pada masa sama turut memberi pendapat, persepsi ‘mengaut keuntungan’ tidak wajar diaju memandangkan keuntungan yang diraih tidakah banyak sebagaimana disangka.

“Duit youtube brapa sen sangat dorang bayar. Rasanya perkataan mengaut keuntungan tu tidak wajar diajukan kepada saya. Malah saya habis duit untuk program ini.

“Bukan saya untung pun.( vedio full ada kat youtube),” jelas Aliff sambil meminta ramai agar menunggu penjelasan seterusnya.

Kandungan video yang dikongsikan Aliff juga turut terkandung beberapa sesi bantuan yang dilakukannya sebelum ini, sekali penjelasan lain mengenai hal berkaitan.

Sehingga kini, video berkenaan sudah pun ditonton lebih 100,000 tontonan, kurang sejam ia dimuat naik.

Terdahulu, Ali tidak dapat menahan rasa sabar selepas menonton video live yang dibuat oleh usahawan kosmetik tersebut yang berkunjung ke rumah balu Abam dan hingga kini, perkara itu mendapat reaksi pelbagai netizen.