Pengacara dan penerbit terkenal, Sheila Rusly ada memuat naik sekeping gambar di laman media sosial Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian tersebut, penerbit terkenal itu ada meluahkan perasan keluh membabitkan harga makanan laut mentah seperti kerang kian meningkat harganya.

“Pagi-pagi sis dah cari kerang 1kg RM18 kussssemangat hargaaa.

“Dulu 1kg RM3 jer.. #kerang #favourite #sentiasabersyukur #alhamdulillah,” tulisnya ringkas.

IKLAN

Lantas perkongsian hos program Ketuk-Ketuk Ramadan itu menjadi perhatian peminat.

Malah, peminat juga bersetuju dengan kata-kata yang dikongsikan bintang berusia 47 tahun itu.

IKLAN

“Dulu 1Kg, RM3 Jer…”- Sheila Rusly Mengeluh Harga Kerang Makin Mahal

Untuk rekod, Sheila yang sinonim dengan barisan drama terbitannya yang hits dan gemar suka memasak itu mendirikan rumah tangga bersama pengarah, Azman Hj Yahya pada tahun 1995.

IKLAN

Sheila dan suami dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki, Uzair Haqimy dan Luth Mikhail.

Foto : Instagram Sheila Rusly

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI