“Dulu Aku Fikir Kalau Aku Kahwin,” – Yana Samsudin Kongsi Foto Ibu Rempit, Netizen Terhibur

Share

Perkongsian video di Instagram pelakon dan hos, Yana Samsudin menunjukkan seorang ibu bertudung labuh, berjubah merah jambu sambil menunggang motosikal menerjah kawasan lepak anaknya cukup mencuit hati.

Lebih menggamatkan situasi, ibu mithali ini sempat menunjukkan skil wheelie di hadapan rakan-rakan anaknya.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan mengenai kesahihan mengenai hubungan kekeluargaan wanita tersebut dengan pemuda yang terakam pada video.

Lalu, pelakon Wawa Semput ruangan kapsyen turut membayangkan dirinya pernah mengimpikan untuk menjadi ibu seperti dalam video berkeaan.

Dulu aku fikir kalau aku kawen, aku jadi mak, aku akan begini….

“Weng weng pitpit!!!” tulisnya.

Netizen terhibur dengan keletah lucu ibu berkenaan dan meninggalkan reaksi di ruang komen.

Yana mendirikan rumah tangga dengan Fadzil Zahari pada 13 April 2015 dan keduanya menerima kelahiran Mateen pada 21 Julai 2016.

Foto : Instagram Yana Samsudin

Published by
Noraini Abd Wahab