Isteri kepada jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Nur Shahida Mohd Rashida menerusi Instagram ada merakam memori lamanya bersama anak sulung, Ammar Ahyan yang kini sudah pun mencecah usia 12 tahun.
Dedahnya, dia sering termarah termasuk terpukul anaknya itu kerana tidak pandai mengawal emosi pada usia mudanya.
Bagaimanapun situasi tersebut tidak lagi berlaku dan Shahida turut menyatakan maaf terhadap permata hati pertamanya itu.
“Dah besar dah abang @ammarahyan_terlajaklaris ni…kejap je dah umur 12 tahun….dulu kecil2 saya selalu cerita mcm2 kisah pada dia..sekarang dia pula yg cerita mcm2 kisah dengan saya.
“Mama minta maaf dekat ammar kalau mama bukan ibu yg terbaik buat ammar…kadang2 mama termarah,terpukul…dulu ammar kecik2 selalu mama marah dan pukul sebab dulu mama muda tak pandai nak kontrol emosi.
Ads
“InsyaAllah sekarang lebih pandai jaga emosi sebab umur makin meningkat….takde apa dah nak fikir …mama nak tenang dah bahgia je,” tulisnya jujur.
Menerusi ruangan komen, para pengikutnya turut meninggalkan pelbagai reaksi.
Ads
Sebagai rujukan, Shahida dan Aliff mendirikan rumah tangga sekitar Ogos 2007. Pasangan usahawan ini dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ammaar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawy dan Raudhah Arsyiah.
Mereka juga turut menjaga seorang anak angkat perempuan.
Ads
Shahida bersama anak-anaknya kini sedang berada di tahah suci bagi menunaikan umrah.
Meski sudah bersedia menamatkan zaman bujang, pelakon Ruhainies tidak mahu bersikap mementingkan diri sendiri.
Kongsi Ruhainies, memberi laluan buat kakaknya yang juga seorang pelakon, Nur Risteena Munim untuk mendirikan rumah tangga meski dirinya sudah bersedia untuk bergelar isteri.
Bintang drama bersiri Jejak Karmila itu berkata dirinya kini berasa sangat bahagia dengan hubungan percintaannya bersama jejaka yang dikenali sebagai Mr. E.Johan.
“Setakat ini saya dengan si dia macam biasa sahaja bercinta dah dekat setahun lebih. Kami masih lagi di fasa berbunga-bunga lagi.
“Bincang untuk ke gerbang perkahwinan itu ada tapi masih belum tergesa-gesa lagi sebab nak tunggu kakak saya kahwin dulu.
“Selepas dia kahwin baru saya kahwin jadi kalau lambat dia kahwin lambatlah saya kahwin nanti.
“Saya tak boleh nak kahwin dulu sebab saya tak nak ‘langkah bendul’ bak kata pepatah melayu tambahan pula mak ayah saya memang tak bagi saya kahwin dulu.
“Saya harap semua doakan yang baik-baik untuk perhubungan saya dan si dia,” kongsi Ruhainies kepada MH.
Pertengahan tahun lalu, Ruhainies atau nama sebenarnya, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, secara terbuka berkongsi kepada media dengan mendedahkan hatinya sudah dimiliki seorang jejaka Melayu menetap di London, United Kingdom.
Bintang kelahiran Pulau Pinang ini telah ditemui MH ketika sidang media program All Stars Buka Panggung yang berlangsung di Nicsmann, The Starling Mall, Damansara Utama, pada Selasa.
Program All Stars Buka Panggung merupakan sebuah pertandingan komedi pentas yang menguji dan mencabar pelakon beraksi dalam babak komedi pentas.
Pentas komedi tersebut bakal dipersembahkan pelakon hebat seperti Datuk Rosyam Nor, Datuk Aaron Aziz, Datin Seri Umie Aida, Sharifah Sakinah, Rita Rudaini, Fahrin Ahmad, Izzue Islam dan ramai lagi.
Program komedi All Stars Buka Panggung akan ditayangkan pada 6 September depan di saluran Astro Warna (CH132) dan Astro Warna HD (CH124).
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, Misha Omar ada memuat naik sekeping foto di laman media sosial Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut, penyanyi yang terkenal dengan lagu Sampai Bila ini mengimbau kenangan saat selepas melahirkan anaknya, Idris.
“Apahal google photos keluarkan gambar ni @firosezzwan ?? Hahahhaa..gambar wefie kami ni diambil selepas kak mitch lahirkan Idris… malam pertama bermalam di HUKM time tu..cuak dan clueless sungguh.
“What a memory tiada dalam gambar, @mimieomar peneman setia ke tandas beberapa kali selepas bersalin.. serammmm!!! Hahahahhaha..ibuk2 pasti paham…Terimalah gambar kenangan muka kak mitch, sebesar piring hitam..,” tulisnya.
Dalam pada itu, peminat turut mendoakan penyanyi berusia 37 tahun ini kekal harmoni bersama suami tercinta dan anak-anak.
Pada 2 Mei 2014, Misha telah mendirikan rumah tangga bersama Firos Ezzwan Rossly dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Muhammad Idris Ezzwa, 3 tahun.
Di samping itu, Misha turut mempunyai dua orang anak angkat bernama Muhammad Adam Emir dan Humaira Lateefa.
Foto: Instagram Misha Omar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Rizman Ruzaini di bawah kelolaan dua pereka fesyen iaitu Rizman Nordin dan Ruzaini Jamil sekali lagi muncul dengan koleksi terbaharu mereka.
Kali ini, RR Cruise memenuhi kalender koleksi keluaran jenama fesyen ini untuk kali kedua dan terbaharu, Pengarah Kreatif RR, Yana Baharudin menjadi tulang belakang utama dalam cetusan idea koleksi berkenaan.
Mengenengahkan warna-warna yang berani dan menyerlah, RR Cruise tahun ini bakal mencipta fenomena tersendiri.
“RR Cruise adalah koleksi wajib yang akan terus kami lancarkan bersempena dengan musim percutian.
“Pada pengamatan saya, menjadi satu kebiasaan apabila kita keluar bercuti terutamanya ke lokasi kepulauan atau pantai, kita berkehendakkan baju serta aksesori fesyen yang menarik selain selesa.
“Koleksi RR Cruise adalah jawapan kepada semua itu. Kami mahu peminat jenama RR muncul berbeza dalam khalayak, justeru dengan penggunaan warna yang lebih berani serta rekaan yang segar, RR Cruise wajar menjadi helaian pilihan anda ketika bercuti.
“Jika dilihat pada hari ini, kami turut menjemput ramai selebriti yang tidak hanya hadir sebagai tetamu, malah turut menggayakan koleksi RR Cruise.
“Ini secara tidak langsung dapat memberi idea dan keberanian kepada peminat jenama RR sendiri untuk mencuba koleksi ini yang kelihatan lebih bold dan menyerlah,” kata Rizman.
Sama seperti koleksi RR yang lain, Ruzaini pula menjelaskan adalah menjadi fokus utama mereka dalam menyediakan rekaan yang menarik dan mampu milik.
“Seperti yang kita tahu, RR adalah jenama fesyen yang cuba kami tampilkan sebagai koleksi lengkap.
“Bermakna di bawah RR bukan hanya ada pakaian sahaja tetapi turut dilengkapi aksesori fesyen lain termasuk tudung, beg tangan dan pelbagai lagi.
“Ini dapat menyakinkan mereka di luar sana untuk terus memilih RR sebagai satu jenama yang unggul dengan kualiti dan rekaan yang sentiasa relevan.
“Elemen inilah yang menjadi teras di RR, di samping menawarkan harga yang bagi saya berpatutan dengan apa yang kami tawarkan sebagai jenama fesyen lokal yang eksklusif,” tambahnya.
Sementara itu, pembukaan Butik RR Flagship Store di Four Seasons Place, Kuala Lumpur juga bakal merancakkan lagi jualan produk RR untuk pembelian secara langsung meski secara dalam talian masih difokuskan.
“Semua produk RR termasuk koleksi RR Cruise akan dijual melalui rizmanruzaini.my. Lebih mudah untuk mereka yang suka membeli-belah secara atas talian.
Sebelum ini juga terutamanya sewaktu pandemik medium ini menjadi nadi utama perniagaan RR.
“Bagaimanpun, kami sentiasa mendengar dan akan membuat pembaharuan dalam urusan perniagaan demi memberikan keselesaan kepada pelanggan.
“Justeru, RR Flagship Store adalah jawapan kepada mereka yang lebih cenderung kepada butik fizikal. Paling penting di RR, kami akan akan sentiasa memberikan perkhidmatan terbaik tidak kira secara atas talian mahupun di butik,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sembilan tahun melayari bahtera bersama suami tercinta, Mohammad Zulfadhli dan pada tanggal 27 Februari akan datang merupakan tarikh keramat dimana termeterainya ikatan cinta selebriti...