Isteri kepada jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Nur Shahida Mohd Rashida menerusi Instagram ada merakam memori lamanya bersama anak sulung, Ammar Ahyan yang kini sudah pun mencecah usia 12 tahun.

Dedahnya, dia sering termarah termasuk terpukul anaknya itu kerana tidak pandai mengawal emosi pada usia mudanya.

Bagaimanapun situasi tersebut tidak lagi berlaku dan Shahida turut menyatakan maaf terhadap permata hati pertamanya itu.

“Dah besar dah abang @ammarahyan_terlajaklaris ni…kejap je dah umur 12 tahun….dulu kecil2 saya selalu cerita mcm2 kisah pada dia..sekarang dia pula yg cerita mcm2 kisah dengan saya.

“Mama minta maaf dekat ammar kalau mama bukan ibu yg terbaik buat ammar…kadang2 mama termarah,terpukul…dulu ammar kecik2 selalu mama marah dan pukul sebab dulu mama muda tak pandai nak kontrol emosi.

IKLAN

“InsyaAllah sekarang lebih pandai jaga emosi sebab umur makin meningkat….takde apa dah nak fikir …mama nak tenang dah bahgia je,” tulisnya jujur.

Menerusi ruangan komen, para pengikutnya turut meninggalkan pelbagai reaksi.

IKLAN

Sebagai rujukan, Shahida dan Aliff mendirikan rumah tangga sekitar Ogos 2007. Pasangan usahawan ini dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ammaar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawy dan Raudhah Arsyiah.

Mereka juga turut menjaga seorang anak angkat perempuan.

IKLAN

Shahida bersama anak-anaknya kini sedang berada di tahah suci bagi menunaikan umrah.

Foto: Instagram Shahida, Ammar

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI