Hiburan

“Dulu Anggapanmu & Putus Terpaksa Tak Masuk, Jadi Kontroversi,” – Ziana Zain Rindu Suasana AJL

Share

Penyanyi terkenal, Ziana Zain akui amat merindukan suasana dan persiapan menjelang Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) selepas kali terakhir terlibat di dalam program berprestij itu pada tahun 2008.

Menurut Ziana, AJL merupakan program yang sangat meriah dan mempunyai pelbagai kisah menarik.

“Dulu, lagu Anggapanmu dan Putus Terpaksa tak dapat masuk, jadi kontroversi.

“Lagu Dingin pun tak dapat masuk juga tapi bila ramai yang mengundi, berjaya ke peringkat akhir. Itulah perjalan hidup anak seni yang perlu kita hadapi.

“AJL merupakan peluang terbesar buat artis lama dan baharu menunjukkan
bakat dalam bidang nyanyian, penulisan dan penggubahan lagu.

“Kalau anda diiktiraf pada malam tersebut. Ia seperti menang loteri. Kalau artis itu buat persembahan terbaik, ia akan dikenang sampai bila-bila,” katanya kepada MH.

Bakal berentap menerusi lagu Waktu yang juga merupakan duet dengan penyanyi baharu, Hasif Upin, Ziana memaklum fokusnya kini adalah untuk mencara keserasian untuk beraksi di pentas besar.

“Saya akan buat persembahan dengan penyanyi baharu. Namun, saya tak mahu fikirkan sangat. Saya hanya katakan kepada Hasif untuk buat yang terbaik.

“Dari segi nyanyian, penyanyi baharu ini memang bagus tapi mereka akan ada rasa gemuruh juga. Kita akan bantu dari aspek itu.

“Saya juga ada perasaan gemuruh. Kalau tiada rasa itu, kita bukan manusia. Saya juga tak fikirkan saingan, saya hanya nak kerja sahaja,” ujarnya lagi.

Kakak kepada penyanyi, Anuar Zain itu ditemui ketika program ‘Meet And Greet’ Paling Ikonik AJL38 yang berlansung di Pasar Seni, Kuala Lumpur pada Ahad.

Katanya lagi, dia kini banyak membuat persiapan dari segi stamina

“Tahun ini, usia saya 56 tahun. Jadi, stamina harus dijaga. Saya kini kerap ke gim untuk membuat senaman kardio.

“Saya dan Abang Jamal Abdillah akan bersaing dengan penyanyi-penyanyi baharu. Jadi, tenaga kami perlu seiring dengan mereka,” ulasnya lagi.

Dalam pada itu, Ziana akui peredaran zaman serta perkembangan teknologi telah banyak mengubah format AJL

“Kami akan fokus kepada nyanyian dan persembahan. Kena ada kelainan. Kita sudah serahkan tugas itu kepada mereka yang telah diberi mandat.

“Kita juga akan gunakan ‘lighting’ dan ‘LED’. Kalau dulu, hanya ada ‘lighting’ dan prop sahaja.

“Kini teknologi lebih canggih dan saya tak sabar nak bekerja dengan anak-anak muda ni,” akhirinya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Published by
Aizam Manaf