Pelakon cantik, Anzalna Nasir mengakui suatu ketika dahulu, dia memasang angan untuk menggayakan si kecil seperti persalinan Putera keluarga Diraja Britain andai dikurniakan cahaya mata lelaki.
Lalu, impian tersebut menjadi kenyataan apabila bekas peserta Dewi Remaja sezaman Neelofa ini memuat naik beberapa persalinan yang digayakan anaknya, Mohamad Eidrees yang sama dengan apa yang dipakai anak lelaki Putera William dan Kate Middleton, Putera George sebelum ini.
“Dulu berangan kalau dapat anak lelaki nak dress up kan dia macam Prince George because I love his style. Alhamdulillah dapat juga!
“Bought @mohamadeidrees the same brand as Prince George. I google cari baju ni sampai dapat ok! Gigih! Swipe Left #BecauseMommyLovesToShop,” tulisnya pada ruangan kapsyen di Instagram.
Lalu, entri yang dimuat naik Anzalna mendapat perhatian daripada para pengikutnya dan rata-ratanya memuji kecomelan Eidrees.
Sekadar info, Anzalna mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Hanif Zaki pada 21 Februari 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Mohammad Eidress pada 31 Mei 2019.
Foto: Anzalna Nasir
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Dan Pihak Guaman Sudah Siap Siaga,” – Iddin Syah Tuntut Hutang, Dakwa Pengasas Kosmetik & Penyanyi Pinjam RM150,000
Nama pengasas produk ESW yang juga pempengaruh, Muhammad Iddin Syah Mohd Fuzi (Iddin), menjadi sorotan di media sosial selepas memuat naik beberapa posting panas sejak kebelakangan ini membabitkan seorang wanita yang juga yang usahawan, yang dikenali sebagai Che Ta Potpet.
Menerusi satu kenyataan, Iddin mendakwa, dia telah ditipu sebanyak RM150,000 oleh wanita terbabit dan suaminya, yang dikenali sebagai Aaron Lee untuk membayar satu perkhidmatan, namun selepas wang diberikan pasangan itu sepi seribu bahasa serta mengelak dari bertemu atau berhubung.
“Che Ta dan suami sila pulangkan duit saya! Tempoh dua minggu diberikan untuk kamu berdua jelaskan hutang sebanyak RM150,000 sudah tamat. Sekarang lebih tiga minggu, satu sen duit pun saya belum terima.
“Saya ada bukti surat peguam mereka yang bertarikh 7 Jun 2023, antara lainnya menyebut anak guaman mereka Mohd Rosli b. Abu Bakar (Aaron Lee) berjanji untuk membayar wang kepada saya sebanyak RM150,000 secara berperingkat bermula tarikh 14, 20 dan 25 Jun, dengan jumlah sekali transaksi RM50,000.
“Oleh kerana jaminan surat dari peguam, saya ambil pendekataan berdiam sepanjang Jun lalu kerana mahu memberi peluang dan melihat sejauh mana komitmen mereka dalam menyelesaikan masalah ini. Malangnya seperti dijangka mereka mungkir janji.
“Pasangan ini siap pukul canang kononnya mereka difitnah. Fitnah apa bendanya, semua bukti ada!,” kata Iddin.
Dakwa Iddin lagi, perbuatan tersebut terbongkar selepas dia memuat baik satu video pada 1 Jun yang lalu.
Video yang dikongsikan menerusi Tiktok (Iddinsyah.Esw) dengan jumlah tontonan lebih 900,000 kali itu memaparkan dirinya yang baru sahaja selesai membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Prai Utara.
Iddin dalam keadaan marah menuntut agar wangnya segera dikembalikan oleh pengasas terbabit.
@iddinsyah.esw Perangai serupa taik.. menipu duit org rm150k. dan rmai lg terkena .. hg tunggu sar… #FounderPenipu #FounderEswDitipu ♬ Powerful songs like action movie music
“Ramai yang dah terkena, ramai yang datang mengadu kepada saya, di mana sebahagiannya membenarkan saya membuat perkongsian di Tiktok.
“Bukan main lagi ‘show off’ kehidupan mewah, pergi sana-sini, berjoget sana-sini, joli sana-sini, duk tunjuk dekat orang kononnya mereka kaya dan gah sangat! Perangai serupa dengan taik!
“Cheta dan suami tolong pulangkan duit aku dan semua kawan-kawan yang kau khianat!,” katanya lagi.
Ekoran kegagalan Che Ta dan suaminya untuk menjelaskan bayaran mengikut tarikh yang ditetapkan, Iddin merancang untuk mengadakan sidang media dalam masa terdekat susulan hal yang berlaku dab mungkin turut disertai mangsa-mangsa lain pasangan suami isteri ini.
“Saya dan pihak guaman sudah siap siaga dan tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka jika tidak mengembalikan wang saya dalam kadar segera,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kami Akan Tolong Encik Suami Walau Apa Pun…,” – Jadi Tulang Belakang Suami, Ini Curahan Hati Datin Almy Nadia
Pelakon yang juga isteri kepada Datuk Fizz Fairuz, Datin Almy Nadia ada berkongsi cerita menerusi akaun Instagram mengenai bahtera rumah tangga yang dibina.
Ibu kepada tiga orang cahaya mata ini antara lain berkongsi kisah mengenai suatu majlis yang dianjurkan mereka baru-baru ini.
“Sj nak share tau..lama dah kami tak buat event, tapi smlm keja gila kami buat..kalam kelibut dibuatnya penangan en suami, dgn kami tak ada suaranya, hahaha.
“Macam lawak mcm kelakar mcm nak marah, tapi hakikat ending lega happy,” tulisnya.
Merakam rasa syukur, Almy turut memaklumkan akan kegigihan mereka meski terpaksa memikul tugas harian sebagai ibu bapa.
“syukur alhamdulillah dan buat pengetahuan semua, kami bekerja suami isteri tak susah tak senang entah mcm mana nak terangkan pun tak tau.
“Dengan anak2 lagi.. hahahah tanpa maid ok.. lega anak2 pun memahami keadaan mama n papa diaorg.
“Pergi mana sj kami akan usung anak2, jadi bila melibatkan yg tak boleh bawa anak kami kena beralah utk jaga anak2 kami, biaq en suami kami yg p buat keja.
“Kami tulang belakang dia, kami ja tau mcm mana dia susah, mcm mana dia senang.. kami akan tolong en suami wlpn apa pun jadi,” maklum Almy panjang lebar.
View this post on InstagramA post shared by Almy Nadia (@almynadiaofficial) on
Di samping itu, peminat turut memuji sikap Almy yang sangat komited dalam bekerja dan mampu fokus dengan tanggungjawab sebagai seorang isteri.
Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada tahun 2014.
Hasil perkongsian hidup, keduanya dikurniakan tiga orang cahaya mata, Nur Afrina Arianna, 4, Nur Afrina Aurora, 3, dan Nur Afrina Ayra, 1 tahun.
Foto: Instagram Almy Nadia
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kita Kena Kenal Kawan Kita, Sahabat Yang Baik Adalah Cerminan Diri Kita,” – Azza Elite Tak Mahu Menyesal Di Kemudian Hari
Menerusi rancangan bual bicara Wanita Hari Ini yang membincangkan topik bertajuk ‘Kawan Makan Kawan’, penyanyi dan pelakon Azza Elite telah diundang sebagai tetamu jemputan untuk berkongsi pendapat topik tersebut bersama penonton di TV3.
Meski mengakui tidak pernah mengalami situasi sedemikian, Azza atau nama sebenarnya Nor Azzarima Zawari berpendapat masalah hubungan bersama sahabat tidak sewajarnya untuk dikongsikan di laman media sosial kerana boleh menjejaskan ikatan dan nilai persahabatan.
Dalam pada itu, Azza memberitahu untuk memiliki seorang sahabat yang baik harus bermula dengan diri sendiri iaitu menjadi seorang sahabat yang baik.
“Kita tak perlu bercerita banyak sangat dekat laman media sosial contohnya kalau kita ada rasa tidak puas hati dengan seseorang, kita suka tulis dekat laman media sosial dan kalau boleh elakkan benda.
“Sebab benda ni akan membuatkan kawan kita rasa sakit hati. Kalau kita tidak mahu kawan kita berbuat macam itu pada kita, kita pun jangan buat dekat orang lain dan kita jangan mulakan,” katanya.
Selain itu, pelakon drama bersiri Tak Sempurna Mencintaimu ini berkata dia sentiasa memilih dengan siapa untuk dijadikan sebagai sahabat kerana tidak mahu perkara buruk atau tidak diingini berlaku.
“Macam saya sekarang yang sudah berusia 43 tahun, kebanyakkan sahabat saya semua saya pilih dengan siapa saya nak berkawan dan siapa orang yang saya boleh percaya pun saya pilih sebab saya tak mahu menyesal di kemudian hari,
“Saya bersyukur saya dikelilingi sahabat-sahabat yang baik dan saya sentiasa ingat pesanan ibu saya yang kita kena kenal siapa kawan kita dan kita kena kenal diri kita. Sahabat yang baik adalah cerminan diri kita,
“Kita jadi orang yang baik dan InsyaAllah mudah-mudahan benda yang baik akan datang di sekeliling kita. Saya tak banyak kawan tapi bila saya dah mula percaya saya berikan seluruh kepercayaan saya,” akhiri Azza.
Foto: Instagram Azza
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI