Penyanyi 90-an terkenal, Shima atau nama sebenarnya, Ku Nazhatul Shima Ku Kamarazzaman, yang sudah tampil dengan imej berhijab sejurus pulang dari mengerjakan umrah kini sedang berhadapan dengan dugaan hidup.
Pada usianya 50 tahun kini, bintang yang sinonim menerusi lagu Teringin itu kini sudah dikategorikan sebagai golongan asnaf.
“Gugur jantung apabila diberitahu saya kini dikategorikan sebagai golongan asnaf,” luahnya seperti yang dipetik Harian Metro.
Difahamkan, perkara itu dimaklumkan pegawai Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang mengunjungi kediamannya beberapa hari lalu.
“Malah mereka memohon maaf kepada saya sebelum menyebut perkataan ini.
“Mereka juga berjanji akan buat sedaya upaya dan tengok apa yang LZS boleh bantu saya.
“Tak dinafikan hiba juga mendengarnya tapi apa nak buat kerana ini kenyataan yang perlu saya terima,” kata Shima seperti yang dipetik.
Ads
Sementara itu apabila kembali mengimbas memori, bintang bersuara serak-serak basah ini mengakui suatu ketika dahulu kehidupannya agak mewah.
“Memanglah dulu saya dijulang dan undangan persembahan pula tak putus diterima.
“Tapi sekarang saya terima hakikat sedang susah. Tak perlu saya ego nak menafikan perkara ini kerana ia ujian Allah.
“Saya tak pernah minta apa-apa daripada masyarakat. Tapi peluang tak diberikan untuk mencari rezeki. Malah persembahan yang bayar murah pun saya pergi,” kongsi Shima.
“Cuma lagu lama saya kerap dimainkan di radio tapi hasil royalti yang dapat bukanlah banyak sangat,” katanya.
Ads
Dalam pada itu, dia yang sudah lama menderita sakit saraf serta sakit belakang turut mengakui ada melakukan rawatan secara berkala di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur.
Terbaru, Shima turut disahkan mengalami sakit lemah pundi kencing dan perlu menggunakan lampin pakai buang untuk mengatasi masalah itu.
“Makin lama kehidupan makin sukar kerana masalah sakit belakang semakin serius membuatkan saya terpaksa berehat seketika daripada berniaga.
Ads
“Untuk sembuh memang mustahil dan kalau buat pembedahan risikonya 50:50. Duit pun banyak keluar. Saya perlukan sekurang-kurangnya RM600 sebulan untuk tujuan perubatan, manakala sewa rumah pula RM600.
“Wang simpanan saya ketika berniaga terpaksa dikeluarkan untuk tujuan perubatan dan lain-lain kegunaan,” jelasnya.
Atas kesulitan hidupnya kini, Shima berhasrat mahu mendapatkan rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR).
Lalu, dia cukup mengharapkan agar ada mana-mana pihak tampil meringan bebannya.
Terkini, penderitaan Shima telah mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong yang mengunjunginya.
Foto: Instagram Shima
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Susulan reputasi baik yang ditampilkan, dua pelakon cantik Elisya Sandha dan Nora Danish dipilih sebagai wajah wakilan Gattox, minuman campuran berperisa Apple Cider yang membantu membakar lemak selain mampu menyelesaikan masalah kulit.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Inayah Beauty, Dini Qistina Latifi, pihaknya memilih dua selebriti popular itu bagi merasai sendiri penggunaan Gattox dan mereka ialah testimoni sebenar yang dipantau sepenuhnya.
“Kalau melihat Elisya dengan mata kasar, kita boleh nampak dia sentiasa mendekatkan diri dia dengan peminat dan mereka dilihat akrab. Bekerjsama dengan Elisya ni sangat sangat memudahkan. Semua perkara menjadi mudah dan Elisya seorang yang sangat merendah diri.
“Itu yang membuatkan kita rasa she is the one sebab bukan mudah untuk dapat artis yang sikapnya macam ini. Tak pernah berkira dan yang paling penting sikap Elisya memang sama macam Fasha Sandha. Sentiasa menepati waktu.
“Buat Nora pula, seorang yang sering menjadi duta antarabangsa, bila dia dia bersetuju untuk menjadi duta ia merupakan satu keistimewaan yang paling besar dalam Inayah Beauty.
“Kebetulan Nora pada waktu itu berkongsi bahawa dia memang menggunakan produk Berryfull sebelum ini untuk masalah pembuangan. Dan sekarang, dia sudi untuk amalkan Gattox pula untuk turunkan berat badan.
“Selepas beberapa bula Nora bersama Gattox, berat badannya dari 60kg turun ke 48kg,” Katanya.
Dini berkongsi sejurus acara pembungkusan Gattox baru yang dilancarkan menerusi acara Zumba With Nora Danish & Elisya Sandha di TheISpace (Fabulous Room), Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Malah sepanjang setahun pengeluaran Gattox, pihaknya berjaya mencapai sasaran iaitu RM15 juta kutipan jualan kasar iaitu bersamaan dengan 300 ribu balang yang terjual.
“Testimoni Nora dan Elisya ternyata memberi impak besar apabila jualan Gattox melonjak naik sehingga 80 peratus.
“Ini merupakan salah satu kejayaan besar buat Inayah Beauty memandangkan Gattox baru sahaja menapak selama setahun di pasaran.
“Bagi saya bukan mudah untuk ketahap ini kerana seperti yang kita semua tahu, ramai pesaing diluar sana dan bukan mudah untuk menarik perhatian rakyat Malaysia untuk mencuba produk yang baharu,” katanya lagi.
Sebelum ini, Inayah Beauty Sdn Bhd turut menghasilkan produk makanan tambahan iaitu Berryfull, Gattox dan Break Oat.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat mengumumkan yang dirinya kini hamil empat bulan bersempena dengan keberkatan malam Nuzul Quran.
Berita gembira itu dimaklumkan Ayda atau nama sebenarnya, Nur Suhada Jebat, 29, pada majlis Iftar Bersama Ayda Jebat yang berlangsung di Hotel Majestic, Kuala Lumpur, pada Rabu.
Penyanyi lagu Parah Parah itu berkata, dia bersyukur atas rezeki yang dikurniakan.
“InsyaAllah, saya dijangka bersalin Oktober depan. Mohon semua mendoakan yang baik-baik. Majlis hari ini saya undang rakan media, klien serta sahabat terdekat untuk berkongsi berita gembira ini.
“Bukan tidak mahu dedahkan pada peringkat awalnya, tetapi saya dan suami sepakat untuk beritahu ketika usia kandungan memasuki bulan keempat.
“Terima kasih buat semua yang memahami. Semoga semuanya dipermudahkan, insyaAllah” katanya.
Ayda mendirikan rumah tangga dengan pasangannya, pengacara Nabil Mahir pada 1 Januari lalu selepas mengadakan majlis pertunangan atas talian pada 28 April tahun sebelumnya kerana terikat dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon jelita, Fazura atau nama Nur Fazura Sharifuddin kini sedang meniti hari saat untuk melahirkan anak pertamanya yang dijangka bakal lahir pada Oktober depan.
Terbaru, Fazura ada berkongsi sekeping foto terkini dirinya menerusi akaun Instagram miliknya.
Spekulasi mengenai penyanyi Dayang Nurfaizah yang dikatakan sedang hangat bercinta akhirnya terlerai apabila empunya badan tidak menafikan sedang berkawan rapat dengan seseorang.
Ketika diajukan mengenai...