Menjadi carian paling popular berkat kesungguhan membantu Ainul Mardhiah dalam menjayakan pembedahan membuang tumor, Dr Amalina Bakri kini mendapat pujian ramai.

Kritikan terhadap penampilan wanita berasal dari Kota Bharu Kelantan ini kian berkurangan.

Ada netizen yang menjelaskan, jangan pernah menilai seseorang menerusi luaran beserta pelbagai pandangan lainnya.

“Dulu Dikecam Sekarang Dipuji,” – Fenomena Sokongan Buat Dr Amalina, Fedtri Yahya Ajak Berfikir Majukan Ummah “Dulu Dikecam Sekarang Dipuji,” – Fenomena Sokongan Buat Dr Amalina, Fedtri Yahya Ajak Berfikir Majukan Ummah “Dulu Dikecam Sekarang Dipuji,” – Fenomena Sokongan Buat Dr Amalina, Fedtri Yahya Ajak Berfikir Majukan Ummah “Dulu Dikecam Sekarang Dipuji,” – Fenomena Sokongan Buat Dr Amalina, Fedtri Yahya Ajak Berfikir Majukan Ummah

Menerusi perkongsian pengacara, Fedtri Yahya dari tulisan Ustaz Pahrol Juoi, katanya sudah menjadi tugas seorang khalifah dalam meningkatkan daya fikir demi memajukan ummah dan nilai kualiti diri.

Tambahnya lagi, manusia yang berusaha mencari kebaikan tidak akan pernah rugi.

Ads

“Berfikir untuk majukan ummah. Seorang Mukmin yang menjalani peranan sebagai khalifah hendaklah sentiasa meningkatkan daya fikir untuk memajukan ummah dan membantu kemaslahatan ummah supaya umat Islam akan terus berdiri kukuh dengan nilai kualiti diri yang tinggi di muka bumi ini.

“Justeru, seseorang yang sentiasa berdoa yang berusaha menjadi baik secara ikhlas kerana Allah SWT sudah pastinya Allah SWT akan meletakkannya dalam kalangan orang yang baik dan menjauhi dirinya daripada perkara yang membawa kepada kemaksiatan.

“Begitu juga Mukmin yang Allah SWT berikan kebaikan kepada dirinya, Allah SWT juga akan memberikan kefahaman ilmu kepadanya untuk memahami inti pati al-Quran dan seterusnya mengamalkannya dalam kehidupan.

Ads

“Manusia yang sentiasa berusaha mencari kebaikan tidak akan rugi kerana walaupun berdepan dengan ujian dan musibah yang barangkali mencederakan perasaan manusia, tetapi hatinya akan sentiasa terbimbing dengan ilmu Allah SWT dan kasih sayangnya akan sentiasa menyelimuti manusia yang berusaha untuk mentaati Allah dan menjadi khalifah yang baik di bumi Allah ini.

“Oleh itu, rajinkan diri mencari ilmu untuk menjadi manusia baik di sisi Allah dan dalam kalangan manusia. Manusia yang baik akan sentiasa mendapat kebaikan dan disayang manusia lain.

“Seseorang yang membahagiakan akan mendapat bahagia, begitu juga manusia yang sering memberi akan menjadi manusia yang akan banyak menerima.

Ads

“Tulisan: Ustaz Pahrol Juoi.”

Gambar

Dalam perkembangan lain, adik Ainul Mardhiah sudah pun sedar selepas menjalani pembedahan kira-kira lima jam bagi membuang tumor pada bahagian mulut seberat 200 gram.

Foto : Instagram Fedtri Yahya

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI