Jangan disangka yang hodoh itu akan sentiasa kelihatan sebegitu.
Tetapi tidak bagi Ratu Cantik Miss World 2008, Dr Soo Wincci yang telah berkongsi gambar ketika zaman kanak-kanaknya.
“Dulu masa kecil Wincci ada masalah dgn belajar & merupakan pelajar palingb gemuk dlm kelas.. sentiasa diejek. Tp Wincci tak nak mcm itu seumur hidup. jadi Wincci belerja keras & mengejar inpian sendiri.. Wincci pasti anda semua blh berjaya drpd gadis gemuk ni kan,” tulisnya.
Pengarah Urusan Dr Cute International Sdn yang sinonim menerusi perniagaan estetik, Dr Abdullah Haji Alias atau mesra disapa Dr Cute, belum terfikir untuk tampil melancarkan lagu sendiri, seperti mana yang pernah dilakukan oleh rakan pengasas yang lain sebelum ini.
Dr Abdullah yang memiliki 15 tahun pengalaman dalam bidang perubatan selain berpengetahuan luas dalam dunia kecantikan selama tujuh tahun berkata, dia bukanlah individu yang layak untuk terjun dalam dunia seni sebagai penyanyi atau pelakon.
“Soalan pertama saya kalau buat lagu, adakah orang nak dengar suara saya? Beginilah, kemahiran serta kepakaran saya ialah sebagai doktor yang merawat pesakit, melakukan kajian terhadap pembangunan produk baharu dan sebagainya.
“Saya bukanlah orang yang layak untuk jadi penyanyi atau pelakon. Sebab bagi saya, dalam dunia bisnes kita memang didedahkan dengan dua kaedah permasaran, iaitu good and bad marketing.
“Maaf kata, saya ada level sendiri. Bukan nak kata saya ni bagus. Cuma bagi saya, saya golongan profesional. Jadi lebih baik kita beri peluang pada penyanyi yang sedia ramai di luar sana untuk teruskan kerjaya mereka,” katanya ketika ditemui pada Malam Gemilang Inderaloka Pahlawan, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Pada majlis sama, turut dilancarkan ialah Kopi Oral Sunblock (Sunproof Coffee) yang bertindak sebagai pelindung matahari oral pertama di Malaysia selain memperkenalkan pempengaruh, Muhammad Noor Zakaria (Mdno) sebagai wajah wakilan.
Malah jelasnya lagi, kita sekarang sudah memiliki ramai penyanyi lelaki dan wanita yang berbakat besar termasuk yang baharu dan lama.
“Biarlah mereka sahaja. Malah kita sekarang sudah ada Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza. Bagi ruang kepada mereka yang boleh menyanyi. Cukuplah saya sebagai doktor, jadi doktor saja.
“Setakat ini saya belum lagi menerima apa-apa tawaran untuk merakam lagu. Cuma baru-baru ini, saya dipanggil untuk sesi rakaman temu bual di konti sebuah stesesn radio dan ada yang cadangkan selepas ini saya boleh jadi penyampai radio.
“Saya jawab, tugas dan tanggungjawab sudah terlalu banyak. Tidak mengapalah, takkan kita nak tapau semua. Bagilah ruang dan peluang kepada mereka yang lebih layak,” katanya lagi.
Mengulas mengenai produk terbaharu yang dikeluarkan itu Dr Abdullah menjelaskan ia sebagai pendekatan baru dalam penjagaan kulit yang menggabungkan perlindungan UV dengan rutin harian minum kopi.
Produk ini menawarkan cara mudah dan praktikal untuk melindungi kulit daripada kesan buruk sinaran UV, kesan terbakar oleh sinaran mentari, serta penuaan pramatang.
“Sunproof Coffee adalah hasil penyelidikan yang mendalam, menggabungkan teknologi pelindung matahari terkini dengan ritual harian minum kopi. Ini adalah penyelesaian yang mudah, namun inovatif, untuk melindungi kulit dari dalam.
“Ini adalah satu revolusi dalam bidang penjagaan kulit. Dengan memanfaatkan kuasa antioksidan dan bahan pelindung matahari, kami menawarkan satu cara yang berkesan untuk melindungi kulit daripada kerosakan UV, tidak kira di mana mereka berada.
“Ini adalah masa depan penjagaan kulit yang mampu melindungi kulit dari dalam, dengan setiap hirupan kopi,” katanya.
Berbeza dengan produk pelindung matahari generik sedia ada, Sunproof Coffee menawarkan perlindungan luar dalam menggunakan bahan-bahan semulajadi yang berkhasiat seperti Moringa, Bawang Lanang Hitam, Paku Pakis (Polypodium Leucotomos), Kopi Hijau, dan Astaxanthin.
Selain memperkenalkan produk inovatif ini, Dr Cute International Sdn Bhd juga melancarkan program Usahawan Bangkit Berjaya Bahagia (UBBB), iaitu sebuah inisiatif untuk memberikan sokongan kepada usahawan Bumiputera yang berminat menceburi industri kecantikan dan kesihatan.
Program tersebut yang dijalankan dengan kerjasama MARA, Projek Keusahawanan, dan USMARI Research Center, yang menawarkan pembiayaan sebanyak RM10 juta untuk membantu usahawan berkembang, dari pembangunan produk hingga pemasaran dan jualan.
Inisiatif ini diharapkan dapat memberikan peluang kepada usahawan Bumiputera untuk memulakan perniagaan mereka dengan sokongan kewangan dan bimbingan yang diperlukan.
Bagi yang berminat, boleh menyertai Program Usahawan Bangkit Berjaya Bahagia (UBBB) dengan membuat permohonan melalui laman web rasmi Dr Cute International Sdn Bhd atau melalui ejen-ejen yang terlibat.
Majlis turut diserikan dengan penampilan Elly Mazlein sebagai hos selain persembahan nyanyian daripada Zaiton Sameon, Shah Iranz dan Rehana Han.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Usahawan dan pelakon, Elfira Loy telah mengumumkan kepada umum menerusi laman Instagramnya yang dia sedang mengandung anak kedua.
Memuat naik gambar dirinya memegang cenderahati belon rona hijau,hitam dan jingga berserta tulisan ‘baby 2 is coming’, dia turut bertanyakan kepada umum di ruangan kapsyen, “To my family and beloved friends, can you read the good news? hehe.”
Rakan-rakan selebriti dilihat menghujani ruangan komen dengan ucapan tahniah. Nur Fazura misalnya meninggalkan pesan, “Aww congratulations sayang.” Manakala Nabila Razali pula berkata, “Alhamdulillah tahniah Elfira Loy, semoga dipermudahkan.”
Dalam satu hantaran lain pula, Elfira memuatnaik gambar dia sedang mendukung anak sulungnya, Muhamad Rayyan Khalaf. Berserta dengan gambar tersebut dia berkata, “Seperti tidak percaya yang saya akan menjadi ibu kepada dua orang cahaya mata. Abang @muhamadrayyankhalafofficial akan tolong mommy kan?
“Walapupun waktu penantian untuk mendapatkan anak kedua tidaklah terlalu lama seperti orang lain, namun saya tetap ada momen itu. Dan sangat sedihkan. Jadi El memang berdoa sangat Allah makbulkan doa-doa mereka yang sedang cuba mendapatkan anak.”
Terdahulu, Elfira telah mendirikan rumahtangga bersama Faris Khairol Anuar pada tanggal 1 Januari 2019 dan dia kemudiannya telah menimang cahaya mata pertama, Muhamad Rayyan Khalaf pada tanggal 1 Oktober 2019.
Baru baru ini, bapa kepada pelakon Zahirah MacWilson ada memuat naik sekeping gambar di akaun Instagram miliknya.
Foto tersebut merakamkan bapa kepada pelakon Jangan Benci Cintaku itu sedang berada di sebuah papan iklan yang memaparkan wajah Zahirah.
“Kakak, papa berjumpa dgn kakak kat persimpangan Lebuhraya Darul Aman & Lebuhraya Sultanah Bahiyah di Aloq Staq, terubat rindu di hati papa buat seketika…” tulisnya.
Penyanyi Misha Omar, meluahkan rasa bangganya terhadap pencapaian rakan artis, Dayang Nurfaizah yang baru sahaja mengeluarkan single terbaru, Lemah.Karya hasil ciptaan Hael Husaini dan...