“Dulu Gadis Gemuk & Selalu Diejek,” – Dr Soo Wincci Throwback Gambar Kanak-Kanak, Beri Insiprasi

Share

Jangan disangka yang hodoh itu akan sentiasa kelihatan sebegitu. 

Tetapi tidak bagi Ratu Cantik Miss World 2008, Dr Soo Wincci yang telah berkongsi gambar ketika zaman kanak-kanaknya. 

“Dulu masa kecil Wincci ada masalah dgn belajar & merupakan pelajar palingb gemuk dlm kelas.. sentiasa diejek. Tp Wincci tak nak mcm itu seumur hidup. jadi Wincci belerja keras & mengejar inpian sendiri.. Wincci pasti anda semua blh berjaya drpd gadis gemuk ni kan,” tulisnya. 

Susulan itu, rata-rata netizen memuji kesungguhan dan menjadikan Wincci sebagai inspirasi. 

Untuk rekod, Wincci berjaya menamatkan pengajian Sarjana dalam bidang Produksi Muzik, Teknologi dan Inovatif di Berklee College of Music, Sepanyol.

  Foto: IG Dr Soo Wincci

Published by
Amynur Akmal