Awal semalam, pelakon yang juga isteri kepada Aeril Zafriel, Wawa Zainal ada berkongsi salah satu babak lakonan suaminya menerusi drama Cari Aku Di Syurga yang turut menampilkan Janna Nick sebagai pendukung utamanya.
Bagaimanapun menerusi ruangan kapsyen, bintang wanita itu ada berkongsi kisah menarik di balik watak Anas yang dibawa suami tersayang.
“Cried a lot bila tgk muka kesian anas /aeril cemni .. sebab masa awal perkahwinan dlu i harimau jugak..suka marah2 dia .biasa la masa tu budak2,tak matang? (tapi xde la teruk mcm ciklisa tu).. tpi aeril tenang mcm tu la reaction dia sama mcm dlm tv.
“Sabar je dgn perangai isteri dia. nasib baik la i insaf cepat.. jadi isteri yg baik da .. korang tanya ada ke lelaki sebaik anas ? yg tak melukai hati isteri nya..ada… ada je…kalau ada tu hargai la.. jgn sesekali sia -siakan nya,” tulis Wawa sambil menyatakan rasa rindu pada Aeril.
Ads
“Ehh rindu nya dgn @aeril_zafrel . tgk dlm tv jela mampu .. kjp sj lagi guys #cariakudisyurga . standby cpt!,” kongsinya lagi.
“12 tahun lepas, waktu baru mula berniaga dalam industri makanan, memang kerap sangat sewa lori. Selalu berangan nak beli lori sendiri.
“Tengok company orang ada lori mesti dalam hati berdoa satu hari nak beli lori. Tengok lori lalu sebelah kereta, mesti cakap pada encik suami, ‘Kita akan beli lori’,” tulisnya.
Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu Persis Mutiara itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Katanya lagi, berkat usaha kerasnya selama ini, dia telah berjaya mempunyai enam buah lori miliknya sendiri.
“Alhamdulillah bukan hanya satu lori Allah bagi tapi dah masuk enam biji lori. Nikmat Allah manakah yang kita dustakan?,” kongsinya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa kagum selain turut mendoakan semoga Mila akan terus sukses lagi pada masa akan datang.
“Berangan je apa-apa nak dulu. Nanti lambat laun InsyaAllah dapat.
“Selalu berangan nak jadi macam Mila and team. Semoga terus sukses ya.
“Mempunyai bidang bisnes yang sama, saya harap satu hari nanti dapat menjadi seperti bizmilla. Semoga terus sukses.
“Terinspirasi betul dengan Mila ni.
“Tahniah Mila, adore sangat,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Sekadar informasi, Mila kini aktif menjalankan bisnes perancang perkahwinan dan katering.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Mila Jirin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Program realiti hiburan fenomena, Gegar Vaganza Musim Ke-6 (GV6) kembali lagi dengan para peserta yang hebat dan mantap.
Misalnya, peserta Tahir Ali atau lebih dikenali sebagai Jatt (Black Dog Bone) merupakan antara peserta GV6 dan dia menjadi peserta paling senior musim ini.
Jatt, 63 tahun mendedahkan bahawa dia pernah menerima tawaran GV semenjak musim kedua lagi.
“Saya telah terima tawaran ini semenjak GV2, GV3 dan GV4. Tapi ketika itu, saya terpaksa tolak secara baik kerana sibuk menyanyi di kelab.
“Apabila mereka (pihak produksi) menghubungi saya dan saya juga sudah berbincang dengan team saya.
“Sekali gus, mereka memberi ‘green light’. Jadi, saya terima dengan hati terbuka,” katanya kepada MH.
Akui sedikit gemuruh untuk bersaing bersama rakan selebriti yang mempunyai keunikan suara tersendiri, Jatt akui agak sukar buat dirinya andai perlu menyanyikan lagu bergenre rap.
“Saya takut saya akan diberi tanggungjawab untuk membawa lagu rap. Saya tak pernah nyanyi lagu sedemikian dari dulu sampai sekarang.
“Buat masa sekarang ini, saya tiada spesifik lagu rap yang saya boleh bawa dan insyallah saya akan cuba untuk mencari dan mencuba nyanyi rap sekiranya perlu, ” katanya yang sudah biasa membawa lagu rock, zapin dan asli tradisional.
Pada masa sama, bintang Singapura ini juga yakin program ini banyak memberi impak positif kepada para peserta dan peminat.
“Program ini bukan sahaja nak lihat kita nyanyi dalam genre muzik yang biasa kita bawa, sebaliknya mereka mahukan sesuatu di luar kotak untuk melihat persembahan-persembahan yang jarang atau tak pernah kita lakukan,” katanya optimis. FOTO
Jatt ditemui di The Gardens Mall, Mid Valley baru-baru ini selepas perkenalan 13 bintang GV yang bakal berentap pada 13 Oktober ini (Ahad).
“Apa yang menarik minat saya untuk menyertai program ini kerana dari awal lagi program ini diadakan, saya lihat kita dapat bertemu rakan-rakan lama yang muncul kembali dan membuat persembahan.
“Seronok apabila bersama rakan-rakan artis yang lain dalam satu pentas. Itu merupakan satu kelebihan dalam program ini.
“Saya sudah bersedia dan hanya ikut sahaja seperti pihak produksi mahukan,” jelasnya bersemangat.
GV6 bersiaran langsung pada 13 Oktober ini (Ahad) di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123) yang menampilkan peserta seperti Sham (Visa), Roy, Ameer (Sofazr), Hardy Mirza, Naqiu (Boboy), Wann, Mazlela, Feeza, Noorshila Amin, Nurfatima, KOOL dan One Nation Emcess.
Minggu pertama konsert, bintang senior ini mendapat markah tertinggi di kalangan juri iaitu Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang selaku juri tetap dan Ella yang diundang sebagai juri jemputan iaitu 84.67 peratus
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Usahawan kosmetik dari Pulau Pinang, Cheta Pot Pet yang turut terbabit menerusi sepotong video kontroversi bersama beberapa usahawan selebriti lain sudah dipanggil Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai, di Pulau Pinang, kelmarin.
Cheta atau nama sebenarnya Rozita Bahrom, 35, berkata, dia memberi kerjasama sepenuhnya susulan video di media sosial yang tular hingga mencetuskan kritikan ramai.
Selain Cheta, SKMM dengan kerjasama PDRM menjalankan pemeriksaan bagi tujuan siasatan terhadap ketiga-tiga individu lain yang terbabit iaitu Ifa Raziah, Kak KM dan Datuk Seri Vida di sekitar Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.
Memetik Harian Metro, Cheta yang pernah muncul dengan single Aku Yang Kau Mahu menjelaskan, apa yang berlaku memberikan impak besar kepada dirinya.
“Saya tidak pernah ada pengalaman begini. Ini pertama kali berlaku terhadap saya. Disebabkan saya menjadi penaja, jadi kena bergaul dengan mereka. Ini bukan tujuan pemasaran. Perkara sama saya cakap di balai.
“Perkara ini memberikan impak besar. Ia sangat mengejutkan pada saya termasuk mental dan fizikal. Saya pun sudah membuat permohonan maaf lebih awal. Saya nak bersihkan nama saya,” katanya seperti yang dipetik.
Cheta pada masa sama mengakui sepanjang menjalankan perniagaan, dia tidak pernah terpalit dengan isu sensasi.
“Pada hari kejadian itu kali pertama saya ‘shoot’ dengan mereka. Video pun ada banyak ‘angle’. Kalau tengok video saya sebelum ini, tak pernah ada video aksi keterlaluan dan baju mencolok mata. Bila timbul isu ini, saya pun disiasat sama sebab ada dalam video berkenaan. Itu yang jadi terkejut.
“Disebabkan itu saya membatalkan pembabitan saya pada Minggu Usahawan Negara 2022 di Malaysian Grand Bazaar@Lalaport BBC yang bakal berlangsung pada 24 hingga 27 Jun ini. Saya nak bersihkan nama,” katanya lagi.
Terdahulu, media melaporkan SKMM dalam satu kenyataan membuat siasatan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu (1) tahun atau kedua-duanya, dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.
“Sehubungan itu, orang ramai khususnya selebriti yang mempunyai pengaruh di dalam masyarakat seharusnya menunjukkan teladan yang baik dan peka untuk tidak memuat naik kandungan yang bertentangan dengan undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber: Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!