“Dulu I Harimau Juga, Suka Marah-Marah Dia,” – Wawa Zainal Terbayang Wajah Sabar Suami, Sama Seperti Bila Diherdik Lisa

Share

Awal semalam, pelakon yang juga isteri kepada Aeril Zafriel, Wawa Zainal ada berkongsi salah satu babak lakonan suaminya menerusi drama Cari Aku Di Syurga yang turut menampilkan Janna Nick sebagai pendukung utamanya.

Bagaimanapun menerusi ruangan kapsyen, bintang wanita itu ada berkongsi kisah menarik di balik watak Anas yang dibawa suami tersayang.

“Cried a lot bila tgk muka kesian anas /aeril cemni .. sebab masa awal perkahwinan dlu i harimau jugak..suka marah2 dia .biasa la masa tu budak2,tak matang? (tapi xde la teruk mcm ciklisa tu).. tpi aeril tenang mcm tu la reaction dia sama mcm dlm tv.

“Sabar je dgn perangai isteri dia. nasib baik la i insaf cepat.. jadi isteri yg baik da .. korang tanya ada ke lelaki sebaik anas ? yg tak melukai hati isteri nya..ada… ada je…kalau ada tu hargai la.. jgn sesekali sia -siakan nya,” tulis Wawa sambil menyatakan rasa rindu pada Aeril.

“Ehh rindu nya dgn @aeril_zafrel . tgk dlm tv jela mampu .. kjp sj lagi guys #cariakudisyurga . standby cpt!,” kongsinya lagi.

Cari Aku Di Surga yang kini menjadi trending bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam menerusi slot Samarinda.

Foto: Instagram Wawa Zainal

Published by
Rafiq Mazlan