Penyanyi, Sharul Kamal meluahkan rasa syukur ke hadrat Illahi kerana telah memperkenankan doa untuk melihat ibunya istiqamah menutup aurat dengan sempurna.
Menurut Sharul, dia sekeluarga tidak pernah jemu mendoakan yang terbaik buat ibunya malah, ketika berkunjung ke tanah suci untuk mengerjakan umrah awal tahun lalu, perkara sama turut dilakukan oleh peserta Akademi Fantasia 2015 itu.
“Dulu ibu seorang yang free hair, tapi aku adik beradik & ayah sentiasa berdoa dari dulu tak putus-putus untuk ibu tutup aurat dengan sempurna.
“Awal tahun aku dapat buat umrah & aku tak putus-putus doa benda yang sama dan aku minta tahun ni ibu istiqomah.
“Alhamdulillah cantik ibu aku,” tulisnya.
Posting yang dimuat naik di laman Twitter itu turut disertakan dengan foto ibunya yang manis mengenakan pakaian muslimah berwarna unggu.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Racun Rindu itu turut memuji penampilan terkini ibunya yang kelihatan sangat cantik.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan semoga ibu Sharul terus istiqomah dan dipermudahkan segala urusan.
Sumber: Twitter Sharul Kamal