“Dulu Join Dewi Remaja Sebab Nak Jadi Pembaca Berita,” – Dedah Scha Al Yahya

Share

Tidak dinafikan, pencarian Dewi Remaja menjadi platform terbaik buat para gadis untuk meneruskan cita-cita, khasnya dalam dunia glamor.

Jadi tidak hairanlah ramai ‘produk’ Dewi Remaja kini cukup aktif sama ada dalam dunia lakonan, nyanyian, pengacaraan dan sebagainya.

Siapa yang tidak kenal dengan Neelofa, Anzalna, Syatilla Melvin malah aktres atau bintang tempatan lain terdahulu seperti Datin Juliana Banos, Datin Seri Umie Aida, Izreen Azminda dan lainnya yang sukses dengan pencapaian masing-masing.

Merakam kembali memori, juara Pencarian Dewi Remaja 2005/06 Scha Alyahya misalnya turut mengakui pada peringkat awal, dia memasuki pertandingan berkenaan untuk mengejar cita-cita sebagai pembaca berita.

“Ya, dulu kami join Dewi Remaja sebab nak jadi pembaca berita. Minat punya fasal. Tapi itulah, akhirnya rezeki pada bidang lain pula.

“Cuma kami pun tak tahu dapat jadi ke tidak pembaca berita bila orang dengar suara kami,” katanya seloroh kepada MH.

Terkini, pencarian mencari juara terbaru sudah pun bermula apabila pihak Remaja sendiri sudah pun mengumumkan 20 peserta yang terpilih untuk ke fasa seterusnya.

Pengumuman yang dibuat menerusi platform media sosial majalah berkenaan nyata mengundang perhatian ramai, termasuk di kalangan selebriti.

Scha sebelum ini turut menjadi hos bagi program berkenaan untuk edisi terdahulu.

Published by
Rafiq Mazlan