“Dulu Kami Berdua Tak Sembahyang, Puasa Pun Setakat Tahan Lapar,” Perkongsian Hijrah dan Kehidupan Fynn Jamal.

Share

Berkongsi rangkuman kehidupan menerusi rancangan Couple Talk selama 30 minit, Fynn Jamal dan Tri Hadzir membuat pengakuan eksklusif mengenai kisah hijrah dan kehidupan rumah tangganya.

Ulas Fynn, mereka hanyut dalam tahun-tahun awal perkahwinan seolah-olah tidak mengenal dosa pahala. Malah, minat yang sama terhadap muzik membuatkan kedua-duanya terus hanyut.

Dulu kami berdua tak sembahyang. Puasa pun setakat tahan lapar. Tahun-tahun awal berkahwin, memang kami hanyut. Kami berdua sukakan muzik dan tiada siapa yang menghalang.

Kebanyakan isteri ada masalah yang sama, saya nak berubah tapi suami tidak. Waktu mula-mula dulu saya mula solat, saya katakan kepada Tri, dia sepatutnya jadi imam saya. 

“Kita tunggu suami untuk berubah sekali namun ianya tak berlaku. Kita tak boleh paksa seseorang untuk dapat hidayah.

Jadi saya mulakan sendiri, kalau dia nak ikut, ikutlah. Sampai bila nak tunggu. Tapi tak sampai setahun pun, dia mula jadi imam saya. Setiap kali solat dan apabila suami idamkan, terasa butterfly flutter in my heart,” katanya sambil mengesat air mata. 

Penyanyi lagu Arjuna Beta ini turut berkongsi kisah menarik pertemuan pertama yang membawa kepada ikatan perkahwinan.

Katanya, Tri tidak seperti lelaki lain yang menggunakan ayat-ayat manis, namun lebih kepada lirik dan frasa unik.

Ayatnya lebih kepada lirik dan frasa paling saya ingat “aku tak sabar nak pergi ke New Zealand untuk tengok epal berpeluh”. Orang selalu fikir ayat-ayat saya di luar kotak, tapi saya sangat sukakan ayat-ayat Tri. Dan dia tidak gunakan ayat-ayat itu dekat orang lain.

Waktu itu saya baru sahaja putus cinta selepas setahun setengah menjalinkan hubungan. Saya menangis setiap malam. Pada satu hari, saya balik ke kampung dan peluk ayah. Sebelum tidur, saya berdoa “Ya Allah, aku dah penat dengan semua ini, tolong tutup hati aku. Just buka hatiku untuk lelaki yang betul-betul ingin berkahwin sahaja” sambil tepuk bantal tiga kali.

Saya wanita yang insecure, saya perlukan lelaki. Setiap kali putus cinta, saya terpaksa cari teman lelaki walaupun dia layan saya teruk.

“Pagi itu saya bangun dengan satu perasaan yang lain. Dan tiba-tiba saya dapat mesej, “aku ingin ke New Zealand.

Selepas berbual tiga minggu menerusi mesej, dia ajak berjumpa. Bila berjumpa buat kali pertama, dia terus ajak kahwin,”

ulasnya menyatakan tidak suka menunjukkan kemesraan bersama suami di laman sosial kerana ianya hanya untuk individu yang ‘insecure’.

Dalam bual bicara ini, wanita berusia 37 tahun ini turut menyelitkan nasihat untuk remaja yang patah hati, ulasnya konsep move on sama seperti Taubat Nasuha.

Memang mudah untuk berkata-kata, tapi itulah kebenarannya. Untuk move on, just bakar jambatan yang menghubungkan kita dengan perkara itu,” jelasnya panjang lebar.

Foto : Youtube Dopstv

Published by
Noraini Abd Wahab