Selepas kejayaan single Dulu Kini Dan Selamnya yang juga merupakan OST untuk drama Lelaki Itu, penyanyi Marsha Milan tidak mengambil masa lama untuk melancarkan sebuah lagi karya terbaharu yang berjudul Hening Rindu.
Menurut Marsha, melancarkan dua buah karya dalam masa dua bulan sememangnya merupakan perkara yang jarang dilakukan oleh para penyanyi.
“Saya sangat gembira. Lagu-lagu saya sebelum ini pun sedap juga tapi kali ini, dua lagu terbaharu saya mempunyai aura yang berbeza.
“Pada mulanya, saya risau juga kerana jarak masa perlancaran dua lagu ini sangat dekat.
“Kami agak ragu-ragu kerana kebiasaannya artis akan ambil masa sekurang-kurangnya tiga bulan hingga setahun untuk projek seterusnya.
“Namun, apabila lagu ini juga diberikan platform sebagai lagu OST, saya rasa ia lebih mudah untuk dipromosikan,” katanya kepada MH.
Ads
Penyanyi asal Sabah itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis perlancaran lagu Hening Rindu, baru-baru ini.
Pada masa sama, Marsha akui bersyukur kerana namanya kini menjadi pilihan para komposer selepas hampir 18 tahun dia berusaha untuk mengukuhkan namanya di industri seni tanah air.
“Sejujurnya saya sangat bersyukur. Saya pernah melalui fasa di mana saya perlu meminta lagu daripada komposer. Namun, saya merasakan ini perkara yang biasa dilalui oleh semua penyanyi.
Ads
“Kita akan lalui fasa belum dikenali dan kemudian kita dikenali. Malah, pihak label juga banyak membantu saya untuk mendapatkan lagu-lagu yang bagus.
“Saya tidak boleh bergerak sendiri dalam hal seperti ini. Saya perlukan bantuan pihak label untuk pastikan kerjaya nyanyian saya terjaga,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Marsha turut memaklumkan dirinya kini sedang dalam perbincangan untuk merakamkan lagu bersama komposer antarabangsa.
Ads
“Ketika ini, perbincangan masih diperingkat awal. Ada perkara yang kita perlu lihat dahulu dan persetujui bersama. Ada dua buah lagu daripada komposer Indonesia dan satu lagi daripada Korea Selatan.
“Saya dapat tarik minat komposer Indonesia kerana mereka pernah melihat saya berduet dengan Judika.
“Kini, saya serahkan kepada pihak label untuk langkah-langkah seterusnya. Kita masih diperingkat awal dan belum tahu kesudahannya,” katanya lagi
Terdahulu, Hening Rindu juga merupakan lagu yang diangkat sebagai OST bagi drama terbaharu yang berjudul Aku Bukam Ustazah.
Hening Rindu mendapat sentuhan daripada komposer terkenal Ikhwan Fattana dan Wan Salleh manakala liriknya ditulis oleh Wan Salleh sendiri.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bintang drama Nur, Noorkhiriah atau sinonim dengan panggilan Khiriah ada memberi nasihat dan pesanan bersama pengikutnya di laman media sosial Instagram miliknya.
Pelakon berusia 40 tahun itu telah berkongsi kata petikan nasihat oleh Ustaz Pahrol Mohd Juoi.
“Nak jadi jahat, sekelip mata. Nak jadi baik, bertalu-talu ujian melanda. Sabarlah, Allah kan ada,
“Dalam keadaan berdosa sekalipun, ujian didatangkan-Nya sebagai satu pengampunan.
“Manakala dalam keadaan taat, ujian didatangkan untuk meningkatkan darjat,” petikan kata yang dikongsi Khiriah.
Meski telah melabuhkan tirai malam kemuncak Anugerah Skrin 2019 (ASK 2019) pada Jumaat lalu, namun kehangatan dan bahangnya masih lagi terasa sehingga hari ini.
Mana tidaknya, para pemenang dan persembahan yang disajikan menjadi momen paling bermakna buat yang menonton.
Persembahan memukau dari Datuk Jamal Abdillah misalnya, yang menyanyikan lagu beberapa buah lagu diiringi alunan muzik piano dari Sissy Iman cukup membuai perasaan.
Pelakon dan pengarah, Erma Fatima juga bagaikan ‘dibuai’ perasaan menghayati bait-bait lagu yang disampaikan Raja Pop itu ketika mendendangkan lagu Di Sudut Kamar Hatiku.
“Satu tiada duanya Jamal Abdillah… Subhanallah…Anugerah Allah.
“Dulu masa muda2 aku pernah bawa bunga kt RTM nk bg kt dia sbb terlalu minat…bunga aku sampai hilang..tak sempat nk bagi pun,” tulisnya di ruangan kapsyen Instagram sambil menonton persembahan Jamal menerusi kaca tv.
Video yang dirakam spontan itu, melihatakan Erma khusyuk menyaksikan persembahan memukau dari penyanyi berusia 60 tahun itu.
“Rasa mcm ada jin di tekak dia, buka mulut je sedap. Tak ada siapa boleh lawan.
Lakonan mantap barisan pelakon menerusi drama episod, Drama 7 Hari Mencintaiku ternyata membuahkan hasil selepas mendapat perhatian meluas daripada penonton setia drama tempatan.
Lalu, barisan pelakon drama berkenaan Shukri Yahaya, Liza Abdullah, Wan Sharmilla dan Syazwan Zulkifli telah diundang sebagai tetamu jemputan untuk segmen Geng Pagi Hot di radio Hot FM, pada pagi Isnin.
Mereka diundang ke konti bagj mempromosikan drama yang telah mencipta fenomena industri drama tempatan itu.
Ketika sesi temu bual berlangsung, pelakon Liza Abdullah antara lain mengakui ada menerima komen negatif daripada penonton gara-gara watak Mak Leha yang dilakonkan olehnya dalam drama berkenaan.
“Saya akui memang ada orang komen yang membenci saya kerana watak Mak Leha, tapi awal-awal lagi saya cakap saya dah maafkan semua yang komen tu.
“Saya faham mungkin mereka benci saya kerana Mak Leha tapi saya harap mereka tak benci dengan Liza Abdullah,” katanya.
Dalam pada itu, pelakon berusia 56 tahun ini turut menitip ucapan terima kasih kepada semua penyokong setia drama terbabit.
“Saya nak ucap terima kasih kepada semua yang sentiasa menyokong 7 Hari Mencintaiku daripada musim pertama sampai kedua. Kalau ada yang merindua mungkin boleh tengok ulangan nanti.
“Dan saya nak ucap terima kasih kepada TV3 kerana memberi ruang serta peluang dan harap sangat peminat sentiasa menyokong drama slot Akasia,” katanya lagi.
Sekadar informasi, drama 7 Hari Mencintaiku bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam di TV3 menerusi slot Akasia.
Foto: Instagram Liza Abdullah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Ronnie Hussein tidak menafikan penyertaannya dalam program Gegar Vaganza (GV) musim ke-11 yang akan memulakan saingannya Ahad ini sebagai platform terbaik untuknya membuktikan...