Pelakon Afifah Nasir memaklumkan hubungan persahabatannya dengan aktor, Hafreez Adam masih kekal baik.
Menurut Afifah, meskipun dia kini sibuk menguruskan rumah tangga, dia akan berusaha mencari waktu yang sesuai untuk berjumpa dan bertanya khabar mengenai sahabatnya itu.
“Kami dahulu sudah biasa keluar bersama hari-hari tapi sekarang hanya dua bulan sekali. Itu pun nasib dia baik sebab saya sudah selesai kemas rumah dan masak untuk Hariz.
“Kalau tidak, tahun depan baru jumpa,” tulisnya.
Perkara itu dikongsikan oleh adik kepada pelakon Anzalna Nasir itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Pada masa sama, Afifah turut menyifatkan Hafreez sebagai seorang rakan yang istimewa dan berharap dia segera dipertemukan jodoh.
“Terima kasih Hafreez Adam kerana sentiasa menjadi kawan yang terbaik. Memang betul-betul baik.
“Semoga tidak lama lagi, awak juga boleh mencari pasangan yang boleh mengenakan pakaian sedondon. Tiadalah baju sama warna dengan lift je nanti,” kongsinya lagi/
Menerusi hantaran yang sama, Afifah turut berkongsi foto tangkap layar yang memaparkan perbualannya bersama Hafreez di Whatsapp.
Jelas Hafreez, dia bangga melihat keperibadian Afifah saat ini yang sentiasa berusaha untuk menjadi isteri yang terbaik buat suaminya.
“Saya cuma nak tunjuk pujian daripada dia. Bukan senang nak dapatkan pujian daripada seorang Hafreez Adam,” kongsinya.
Sekadar informasi, Afifah mendirikan rumah tangga bersama Syed Hariz pada 5 Mei lalu selepas tiga bulan mengikat tali pertunangan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Afifah Nasir & Hafreez Adam
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI