Hiburan

“Dulu Kutuk, Kini Mereka Join,” – Challo Run Kumpul 100 Pelari Setiap Minggu

Share

Pelakon popular, Aedy Ashraf menyifatkan penubuhan grup larian, Challo Run adalah bertujuan untuk mengajak orang ramai mengamalkan gaya hidup sihat.

Menurut Aedy, dia teruja dengan sambutan yang ditunjukkan oleh orang ramai yang sanggup hadir untuk menyertai aktiviti larian
yang dianjurkan mereka pada setiap Ahad bersempena ‘KL Car Fee Morning’.

“Pada saya, Challo Run ini merupakan satu movement yang sangat bagus. Pada akhirnya, kita mahu melahirkan masyarakat Malaysia yang hidup sihat dan cergas. Itulah matlamat kami,” katanya kepada MH.

Pelakon filem Kahar: Kapla High Council itu berkata sedemikian ketika ditemui di acara Challo Run x Maskulin Who’s Your Bro yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Ahad.

Sementara itu, seorang lagi anggota Challo Run yang juga pelakon, Nik Rafaei akui tidak menyangka grup ini mampu mengumpulkan hampir 100 pelari setiap minggu.

“Kami sendiri tak jangka akan mendapat sambutan seramai ini. Dahulu pun kami bermula hanya tiga hingga empat orang sahaja.

“Kini kami dapat mengumpulkan lebih daripada 100 pelari setiap minggu,” katanya.

Pada masa sama, Aedy akui gembira apabila persepsi negatif segelintir pihak terhadap grup larian ini telah berubah.

“Mungkin separuh daripada yang hadir ketika ini, dahulunya mereka mengutuk kami tapi sekarang mereka sendiri sertai kita.

“Mereka kini sudah sedar bahawa apa sahaja yang kami buat, ia merupakan rasa cinta terhadap sukan, fitness dan larian.

“Tak kisahlah lari 5KM, 10KM atau 42KM sekali pun, kami hanya ingin berlari,” kongsinya lagi.

Challo Run x Maskulin Who’s Your Bro Gabung Pencinta Fitness

Mengulas mengenai program Challo Run x Maskulin Who’s Your Bro, Aedy teruja apabila dapat bersama-samq berkumpul dengan mereka yang sukakan fitness dan gaya hidup sihat.

“Seperti semua orang tahu, kami memang akan berlari di sini pada setiap hari Ahad. Namun, hari ini aktiviti kita agak istimewa kerana kita berkolaborasi bersama Maskulin Who’s Your Bro.

“Beberapa peserta program ini juga merupakan sahabat baik kami dan juga anggota grup Challo Run.

“Ini program yang sangat bagus kerana kita dapat mengumpulkan orang-orang yang suka fitness dan kumpulan Hyrox. Saya anggap ini program yang sangat berjaya,” akhirinya.

Sebelum ini, grup Challo Run telah beberapa kali dikritikan netizen ekoran ada beberapa pihak yang kurang senang dengan tindakan mereka yang membuka baju ketika berlari.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

Published by
Aizam Manaf