Datin Zizie Izette kini lebih tenang apabila tidak lagi terlalu ‘terikat’ dengan Instagram.
Kongsi pelakon ini, dia kini mahu menjalani kehidupan dan menghargai setiap detik yang berlaku di depan mata tanpa perlu berkongsi di laman sosial.
Jelasnya, dahulu apa sahaja yang dilakukan, seolah-olah wajib dimuat naik di laman Instagram untuk tatapan semua, namun kini, dia mahu hidup dalam dunia nyata.
“Throwback when we were in Janda Baik.
Mommy skrg ada penyakit malas upload gambar kat IG.
“Dulu mcm wajib nak kena update selalu.
Somehow, I’m glad that I’m no longer addicted to instagram.
#livinginthepreciousmoment,” kongsinya.
Netizen turut bersetuju dengan pandangan pelakon jelita ini dan meluahkan reaksi masing-masing di ruang komen.
Foto : Instagram Zizie Izette