Tidak dinafikan, rutin memasak sudah menjadi sinonim dan kebiasaan kepada para wanita mahupun yang sudah atau belum mendirikan rumah tangga.

Pelakon Mia Ahmad misalnya, meski dirinya kini sudah bergelar isteri dia bagaimanapun akui masih belum mahir memasak.

“Dulu Mak Suruh Belajar Masak Sibuk Main Make Up…,” – Soal Masak, Mia Ahmad Dedah Pernah Berterus-Terang Dengan Suami “Dulu Mak Suruh Belajar Masak Sibuk Main Make Up…,” – Soal Masak, Mia Ahmad Dedah Pernah Berterus-Terang Dengan Suami

Menurut Mia atau nama sebenarnya Samihah Ahmad Baderi, dia memberitahu telah membuat pengakuan mengenai kekurangan tersebut kepada suaminya, Mohd Izham Tarmizi sebelum mendirikan rumah tangga.

Lalu, ibu kepada dua cahaya mata ini menasihati kepada para wanita agar bersikap terus terang dan tidak malu untuk memberitahu kelemahan diri sendiri dengan pasangan.

Ads

“Dulu Mak Suruh Belajar Masak Sibuk Main Make Up…,” – Soal Masak, Mia Ahmad Dedah Pernah Berterus-Terang Dengan Suami “Dulu Mak Suruh Belajar Masak Sibuk Main Make Up…,” – Soal Masak, Mia Ahmad Dedah Pernah Berterus-Terang Dengan Suami

“Siapa kat sini kurang skill memasak? sayalah salah sorangnya tu. Hahah. Dulu mak suruh belajar masak sibuk main make up nak melawa je kerja. Dapur taknak masuk!

Ads

“Alhamdulillah sebelum kawin saya dah confess awal-awal dengan suami. Ladies, terus terang je dgn partner korang.

“Tak perlu malu dengan kekurangan yang penting nak belajar and improve,” tulisnya sambil memberikan kredit.

Ads

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mia Ahmad (@mia.ahm4d)

Imbas kembali, Mia mendirikan rumah tangga bersama penjaga gol pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Mohd Izham Tarmizi pada 13 Januari 2017.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata bernama Sayf Issa, 3 tahun dan Iris yang kini baru berusia 1 tahun.

“Dulu Mak Suruh Belajar Masak Sibuk Main Make Up…,” – Soal Masak, Mia Ahmad Dedah Pernah Berterus-Terang Dengan Suami “Dulu Mak Suruh Belajar Masak Sibuk Main Make Up…,” – Soal Masak, Mia Ahmad Dedah Pernah Berterus-Terang Dengan Suami

Foto: Instagram Mia Ahmad

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI