Pelakon, Nina Iskandar ada memberikan pendapat mengenai situasi semasa Covid-19 yang melanda Malaysia.

Memberikan reaksi selepas diajukan mengenai persoalan tersebut, Nina atau nama lengkapnya Nur Akmalina Iskandar memberitahu situasi Covid-19 di Malaysia dan Brunei disifatkannya sebagai sangat berbeza.

“Dulu Malaysia Berjaya Kawal Masa PKP 1.0, Jadi Sedih Bila…,” – Cerita Situasi Terkini Brunei, Nina Iskandar Anggap Tiap Negara Ada Isunya Sendiri “Dulu Malaysia Berjaya Kawal Masa PKP 1.0, Jadi Sedih Bila…,” – Cerita Situasi Terkini Brunei, Nina Iskandar Anggap Tiap Negara Ada Isunya Sendiri

Untuk rekod, Nina merupakan bintang asal Brunei dan mencipta nama sebagai pelakon di negara ini. Namun atas kekangan semasa, Nina sekeluarga kini berada di Brunei sepanjang fasa pandemik.

Dia yang sinonim menerusi drama bersiri Andainya Takdir ini mendedahkan, Brunei kini hampir bebas sepenuhnya daripada Covid-19 dan orang ramai kian mulai kembali menjalani kehidupan normal.

“Jujur saya kata, bila saya lihat situasi dekat Brunei dan Malaysia, ia semestinya sangat berbeza sebab dekat Brunei kami semua sudah kembali menjalani kehidupan yang normal.

Ads

“Bila saya kongsi gaya hidup orang Brunei di media sosial, kadang-kadang saya sedih juga lihat bila ada orang Malaysia cakap, seronoknya Brunei dah aman dan bebas Covid-19.

“Dulu Malaysia berjaya kawal masa PKP 1.0, jadi sedih bila kita lihat sebab sepatutnya Malaysia dah boleh jadi negara bebas Covid tetapi sebaliknya yang berlaku,” katanya yang mendoakan agar semuanya kembali pulih.

“Dulu Malaysia Berjaya Kawal Masa PKP 1.0, Jadi Sedih Bila…,” – Cerita Situasi Terkini Brunei, Nina Iskandar Anggap Tiap Negara Ada Isunya Sendiri “Dulu Malaysia Berjaya Kawal Masa PKP 1.0, Jadi Sedih Bila…,” – Cerita Situasi Terkini Brunei, Nina Iskandar Anggap Tiap Negara Ada Isunya Sendiri

Pun begitu, ibu kepada seorang cahaya mata ini menambah, masyarakat di sini masih mengamalkan langkah berjaga-jaga meski negara itu sudah bebas Covid-19.

Ads

“Bagaimanapun, kami masih lagi mengambil langkah yang berjaga-jaga.

“Masih mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) seperti pemakaian pelitup muka dan penjarakan sosial di tempat awam,” katanya lagi.

Malah bagi Nina, situasi penularan wabak Covid-19 di Brunei berjaya dikawal oleh kerana populasi penduduknya yang tidak ramai.

Ads

“Setiap negara ada isu yang tersendiri, Brunei pun ada isu yang tersendiri.

“Akan tetapi, disebabkan Brunei sebuah negara yang kecil, penduduk pun tidak ramai jadi disebabkan itu ia mungkin jadi faktor mudah untuk dikawal,” katanya memberikan pandangan.

“Dulu Malaysia Berjaya Kawal Masa PKP 1.0, Jadi Sedih Bila…,” – Cerita Situasi Terkini Brunei, Nina Iskandar Anggap Tiap Negara Ada Isunya Sendiri “Dulu Malaysia Berjaya Kawal Masa PKP 1.0, Jadi Sedih Bila…,” – Cerita Situasi Terkini Brunei, Nina Iskandar Anggap Tiap Negara Ada Isunya Sendiri

Nina berkata demikian menerusi program YouTube MH Lifestyle. Dia turut berkongsi pelbagai kisah mengenai dirinya termasuk perkembangan terbaru.

Foto: Instagram Nina Iskandar

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI