Isteri kepada pelawak dan usahawan, Shuib iaitu Watie Hanifiah akui dirinya kini lebih bijak dalam menilai setiap perkara yang berlaku di dalam dunia ‘glamour’.
Menurut Watie, tidak semua perkara yang tersebar itu adakah benar dan ada kalanya setiap dakwaan itu dibuat tanpa usul periksa.
“Dulu masa zaman mummy jadi ‘nurtizen’, tak tahu dunia artis dan dunia media portal ni semua. Mummy pun macam korang. Bila baca segala cerita portal, kita mula lah judge itu ini.
“Tapi bila Allah bagi mummy kehidupan yang ada kaitan dengan dunia yang segala benda akan jadi tajuk utama, baru Mummy faham.
“Tak semua cerita yang menjadi tajuk utama
adalah benar. Kita tiada dalam dunia dan kehidupan mereka. Jadi kita takkan pernah tahu cerita sebenar mereka,” tulisnya.
Perkara itu dikongsikan sendiri oleh Watie menerusi sebuah hantaran di Instagram Stories.
Dalan pada itu, Watie turut menasihatkan orang ramai untuk berfikir panjang sebelum
memberikan sebarang pendapat tentang kehidupan para artis.
“Tapi pernah tak kita fikir, kita hentam, kutuk dan fitnah mereka, apa kesan yang kita dah bagi pada mereka? Emosi mereka? Mental mereka?
“Dan kita? Tanpa sedar mengumpul dosa setiap hari,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Watie turut memanjatkan rasa syukur kerana dikurniakan suami yang sangat kuat meskipun dihujani pelbagai dugaan.
“Ujian yang hebat, untuk orang yang hebat. Jadi suami mummy orang yang hebatlah kan
“Alhamdulillah,” kongsinya.
Baru-baru ini, nama Shuib sekali lagi menjadi perhatian selepas Mahkamah Majistret Shah Alam menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM17,500.
Ia susulan selepas Shuib dan seorang lagi pengarah Bubbleebee, Kho Choon Guan mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan termasuk tunggakan caruman Perkeso tahun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Joy Refva Mahu Jual ‘Preloved’ Stroller Yang Dibeli Pada Harga RM6,800, Sama Macam Kourtney Kardashian Pakai!
Usahawan kosmetik, Joy Revfa semalam ada berkongsi stroller lama yang mahu dijual kerana ia sudah lama tidak digunakan.
Malah tulisnya lagi di Instagram, stroller yang mahu dijual itu dibelinya buat permata hati gara-gara melihat bintang Hollywood, Kourtney Kardashian turut mengenakan stroller sama tidak lama dulu.
View this post on InstagramA post shared by Founder of MERVE Cosmetics (@joyrevfa) on
“Agak-agak ada peminat stroller MIMA Xari #mimaxari tak kat Malaysia ni..? Joy beli stroller ni kat Pavillion KL (yg baru) sbb tgk si Kourtney Kardashian lah pakai.
“Last-last, hakak yg keshian sbb arryan dh besar, simpan je stroller ni dlm store kt rumah… Nak tunggu adik arryan nanti tak tahu la bila nak keluar dari perut ni.. Doakan cepat2 la future hubby buat joy mengandung yer,” seloroh Joy.
View this post on InstagramA post shared by Founder of MERVE Cosmetics (@joyrevfa) on
Lalu, Joy berhasrat untuk menjualnya dengan tawaran terbaik selepas membelinya pada harga RM6800 lebih lima tahun lalu.
“Joy ingat nk jual Preloved #MimaXari White Colour ni.. agak2 ada mommy2 peminat MIMA collection tak? Joy beli dulu harga dlm RM 6800 (tahun 2014) Boleh open / bit harga preloved brp nk beli dari joy k.. DM je,” tulisnya lagi.
View this post on InstagramA post shared by Founder of MERVE Cosmetics (@joyrevfa) on
Terdahulu, penggunakan stroller mewah buat anak-anak di kalangan usahawan dan selebriti menjadi perhatian peminat apabila diketahui, ada stroller yang dikenakan mereka bukanlah calang-calang harganya.
Foto: Instagram Joy Revfa
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Frekuensi Signal Semua Mic Telah Hilang,” – Insiden Shila Amzah, Penerbit Mohon Maaf
Penerbit Eksekutif program Famili Duo, Muhammad Sufian Che Isa menjelaskan masalah mikrofon tidak berfungsi yang berlaku ketika Shila Amzah dan Syahir Amzah membuat persembahan adalah berpunca daripada gangguan signal.
Menurut Sufian, masalah berkenaan turut melibatkan hampir kesemua mikrofon yang digunakan pada waktu tersebut.
“Saya belum dapat jawapan konkrit daripada pihak teknikal tetapi berdasarkan apa yang dimaklumkan kepada saya, frekuensi signal untuk semua mikrofon telah hilang.
“Bukan mikrofon Shila sahaja tetapi televisyen, back up dan pengacara juga hilang dalam 10 saat. Kalau lebih daripada itu, mungkin kita akan buat sesuatu.
“Malangnya ia berlaku ketika persembahan Shila dan Syahir,” katanya kepada MH.
Sufian berkata sedemikian ketika ditemuk media selepas selesai konsert minggu pertama Famili Duo musim ke-3 yang berlangsung di Studio NTV7, Glenmarie, Shah Alam pada Ahad.
Lantaran itu, suami kepada penyanyi, Mas Idayu itu turut memohon maaf kepada Shila dan Shahir selain turut menyifatkan kesilapan ini bukan disengajakan.
“Masalah seperti ini memang berlaku untuk program siaran langsung. Kita tak boleh kata ia tak berlaku. Soal signal ini memang diluar kawalan kami.
“Bagi pihak produksi, kita memohon maaf dan hal ini memang tidak disengajakan. Ketika proses rehearsal, semuanya okay sahaja. Cuma malam ini berlaku masalah,” ulasnya lagi.
Sementara itu, Sufian turut menyifatkan kesilapan teknikal merupakan satu pengajaran berguna buat semua pihak.
“Bagi pihak Shila dan Shahir, mereka juga dapat belajar sesuatu untuk mengatasi masalah tersebut ketika di atas pentas. Itu antara lumrah artis bila buat persembahan di atas pentas.
“Kadang kala boleh berlaku masalah ear piece tak dengar dan macam-macam lagi. Saya rasa ia merupakan pengajaran yang bagus untuk pihak produksi, pasukan teknikal dan artis itu sendiri.
“Apapun, kita harap agar masalah ini tidak berlaku lagi,” akhirinya.
Terdahulu, mikrofon yang digunakan Shila dilihat tidak berfungsi ketika dia dan adiknya, Syahir sedang membuat persembahan untuk membawakan lagu, Menggegar Dunia nyanyian asal Adam dan Stacy.
Ketika masalah tersebut berlaku, Shila dilihat cuba mengawal keadaan sehingga terpaksa menukar mikrofon secara langsung di atas pentas.
Bagaimanapun, masalah tersebut tetap berlaku sehingga dipertengahan persembahan.
Namun, juri tetap memberikan pujian kepada Syahir yang dilihat tidak panik dan meneruskan persembahan seperti yang dirancang.
Kredit Foto: Instagram TV 3
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Rindu Juga Nak Imbau Lagu-Lagu Bahasa Melayu Saya,” – Mahu Selesaikan Mini Tour Di USA, Yuna ‘Geram’ Nak Buat Konsert Di KL
Ketika industri seni tempatan kini kembali rancak dengan penganjuran acara persembahan, penyanyi yang berpangkalan di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) Yuna, turut menyatakan hasratnya untuk mengadakan konsert di Kuala Lumpur.
Menurut Yuna atau nama sebenarnya, Yunalis Mat Zara’ai, 35, dia sememangnya ada merancang untuk menganjurkan konsert dalam masa terdekat, namun segala bergantung kepada masa dan peluang.
“Saya memang ada perancangan untuk mengadakan konsert di Malaysia tapi segalanya masih lagi dalam perancangan. Kalau boleh saya nak buat persembahan di Plenary Hall, KLCC yang macam pernah saya buat dulu.
“Harapnya agar konsert tersebut dapat dijalankan tahun ini juga tapi kami masih mencari masa yang sesuai. Saya agak sibuk ketika ini dengan pembikinan album terbaru,” katanya kepada MH.
Penyanyi yang popular menerusi lagu Dan Sebenarnya ini berkata sedemikian ketika ditemui di majlis resepsi penyanyi, Aizat Amdan dan isterinya yang berlangsung di sebuah premis acara di Puchong, Selangor pada Ahad.
Bagaimanapun, Yuna memaklumkan dia harus memberikan tumpuan terlebih dahulu terhadap konsert jelajahnya yang akan diadakan di beberapa lokasi sekitar Amerika Syarikat.
Katanya lagi, konsert di Malaysia ini juga amat penting lebih-lebih lagi untuk mempromosikan lagu-lagu barunya dan pada masa sama dapat pengubati kerinduan peminat.
“InsyaAllah saya akan adakan mini tour di Amerika Syarikat pada awal November. Jelajah tersebut hanya berskala kecil di lokasi-lokasi seperti di Seattle, Portland, San Francisco, Los Angeles, New York dan Boston.
“Saya rasa penting sangat untuk mengadakan konsert di Kuala Lumpur. Saya memang dah lama tunggu nak beraksi di sini. Rindu juga nak imbau lagu-lagu lama terutamanya lagu berbahasa Melayu.
“Saya juga ingin mengambil kesempatan tersebut untuk memperkenalkan lagu-lagi baru. Sebab saya faham lagu-lagu baru ni tak mudah orang suka. Jadi kita akan rancang projek ini sebaiknya,” ujarnya lagi.
Sementara itu, Yuna mendedahkan dia terbang dari Los Angeles untuk menghadiri majlis perkahwinan sahabatnya itu.
“Syukur Alhamdulillah. Kisah cinta Aizat ini ada jatuh bangunnya. Sebagai seorang kawan yang dah berkawan hampir 13 tahun, aya dah anggap Aizat seperti adik beradik. Saya pun kenal dengan keluarganya.
“Saya bangga dapat gelar Aizat sebagai seorang sahabat. Sekarang dia dah berumah tangga. Saya sangat gembira untuknya. Aizat akhirnya jumpa dengan orang yang sempurna untuk dirinya.
“Aizat dan Elyssa sememangnya sangat serasi. Mereka melengkapi antara satu sama lain. Masing-masing memiliki kelebihan mereka yang tersendiri.
“Saya juga seronok dapat jadi sebahagian daripada majlis yang sangat indah ini. Apa yang boleh saya katakan untuk Aizat dan Elyssa, bila dah berkahwin ini, berusahalah mengejar kebahagiaan bersama. Buat perkara yang masing-masing suka.
Pada masa sama, Yuna menggunakan masanya di Malaysia untuk merakamkan muzik video untuk album kelimanya.
“Alang-alang di sini, saya buat kerja lain. Saya buat penggambaran muzik video untuk Y4. Saya sekarang sedang membuat album terbaharu iaitu album kelima untuk pasaran AS.
“Kali ini, saya buat cara berbeza di mana saya keluarkan lima EP. Setiap EP ada tiga lagu. Saya namakan EP itu Y1, Y2, Y3, Y4 dan pada November depan, saya gabungkan semua dalam Y5.
“Saya mahu buat sedikit eksperimen untuk lihat cara peminat menerima muzik. Cara penerimaan sekarang sudah lain.
“Peminat sudah tidak mendengar album, jadi mungkin cara ini dapat memudahkan mereka,” katanya yang kini bergerak sendirian tanpa mana-mana label.
Keputusan Yuna tidak bernaung di bawah mana-mana syarikat rakaman juga membuatkan dia seronok merancang perjalanan karier sendirian.
Kredit Foto: Instagram Yuna
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI