“Dulu Memang Bila Jumpa Orang Kelantan Jauhkan Diri,” – Persepsi Fizi Ali, Tapi Semuanya Berubah Bila…

Share

Hos dan penyampai radio, Fizi Ali ada menitipkan dedikasi istimewa buat rakan baiknya, Issey Fazlisham yang berasal dari Kelantan.

Issey menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-32 tahun.

Sambil memberikan ucapan, bapa kepada seorang cahaya mata ini juga turut mendedahkan situasi yang pernah dihadapinya.

“Saya orang KELANTAN mesti ada je orang yang pandang serong. Jangan kawan dengan KELANTAN nanti makan diri.

“KELANTAN waktu jumpa sesama geng akan lupa kau..dulu mmg bila jumpa orang KELANTAN abam jauhkan diri..termakan kata orang2 yang selalu buruk kan KELANTAN,” akuinya seperti yang dikongsi menerusi Instagram.

Bagaimanapun persepsi itu akhirnya berubah apabila bertemu dengan rakan penyampai radio itu.

“Bila kenal orang bernama issey ni baru abam sedar jangan pandang luaran tapi pandang hati budi..semua negeri ada yang baik dan tidak.

“Jangan sebab dia KELANTAN korang pulaukan dia..btw hari ni birthday issey..terima kasih banyak ubah pikiran orang tentang kelantan.

“Terima kasih untuk jadi sahabat yang baik…kitaorang doakan terbaik untuk ko…cepat gaiss wish birthday issey…
@isseyfazlisham,” kongsi Fizi lagi.

Menjengah ke ruangan komen, para peminat turut mengucapkan selamat hari lahir buat Issey dan tak kurang yang turut memberikan pendapat mengenai perkongsian suami pelakon, Shakilla Khoriri ini.

Foto: Instagram Fizi Ali

Published by
Rafiq Mazlan