Pelakon, Adam Corrie berharap agar semua pihak tidak membuat sebarang andaian melulu sebaliknya menghormati cara masyrakat Cina yang makan dengan menggunakan chop stick.
Jelas Adam, memang sudah menjadi kebiasaan buat masyarakat Cina untuk merapatkan mangkuk ke bahagian mulut agar makanan mereka tidak mudah tumpah.
View this post on Instagram
“AMBIL YANG POSITIF. Hidup berbilang kaum. Memang begini cara orang cina lelaki seperti saya makan nasi dalam mangkuk.
“Rapatkan mangkuk ke mulut, tolak nasi, lauk dan sebagainya guna chop stick laju-laju supaya nasi tak tumpah. Bukan sebab gelojoh,” tulisnya.
Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon filem, KL Gangster ini menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Dalam pada itu, bapa kepada seorang cahaya mata ini turut menepis tanggapan segelintir pihak yang mendakwa makan menggunakan chop stick adalah haram di sisi agama Islam.
“Kalau nasi dalam pinggan saya guna tangan sahaja makan. Sebab makan di restoren Cina Muslim, dah siap bagi Nasi Kukus Ayam Halia dalam mangkuk.
“Apa lagi makan pakai chopstick la, budaya bangsa sendiri.
“Makan guna chop stick tak haram ye. Sebab dulu pernah kena tegur, dah masuk Islam tak boleh pakai chop stick. Haram katanya.
“Senyum selalu. Selalu bersangka baik. InsyaAllah hati tenang,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan pandangan yang sama selain turut berharap agar perspektif segelintir masyarakat mengenai makan menggunakan chop stick dapt diubah.
“Seronok tengok oramg Cina makan macam ni. Nampak berselera sangat. Pernah try buat tapi tak jadi.
“Saya pun suka makan macam tu. Puas rasanya. Kalau orang kata gelojoh, lantak la. Sedap apa makan macam tu. Ada nikmatnya.
“Lain bangsa lain caranya. Asal tak bercanggah dengan agama takda hal,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Sekadar informasi, Adam telah memeluk Islam pada 13 Julai 2007 dan berkahwin dengan isterinya, Fazema Mohd Fuad pada 2008.
Sumber: Instagram Adam Corrie
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI