Sejak awal pagi tadi, tular sepotong video di seluruh platform media sosial yang memaparkan seorang penunggang p-hailing terpaksa berjalan kaki selepas motosikalnya disita pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ketika pemeriksaan di sekatan jalan raya.

Video berkenaan mendapat reaksi pelbagai dikalangan netizen.

Sementara itu, menerusi sebuah hantaran di laman Instagram, pelakon dan pelawak, Shahrol Shiro berpandangan pihak berkuasa seharusnya mempunyai budi bicara sebelum mengambil sebarang tindakan.

“Dahulu saya seorang penjawat awam yang diberikan kuasa untuk melaksanakan akta yang diperuntukkan kepada saya tetapi ada satu akta lain yang boleh digunakan iaitu akta budi bicara,” tulisnya.

“Dulu Saya Penjawat Awam, Boleh Guna Akta Budi Bicara,” – Shahrol Shiro

Katanya lagi, tindakan tersebut secara tidak langsung telah memberikan kesusahan buat individu berkenaan untuk mencari rezeki.

Ads

“Salah tetap salah tetapi atas budi bicara melihat keadaan dan situasi penghantar makanan tersebut.

“Fikirkan juga ada mulut yang perlu disuap yg menunggu dirumah. Keadaan ekonomi hari ini makin tenat tetapi janganlah di matikan terus rakyat sebegini,” kongsinya lagi.

Sementara itu, bekas anggota kumpulan Lawan, Shiro ini turut mendedahkan dirinya kini sedang dalam usaha menjejaki individu berkenaan untuk menghulurkan bantuan.

“Dulu Saya Penjawat Awam, Boleh Guna Akta Budi Bicara,” – Shahrol Shiro

“Ramai yang bertanya dan mahu menghulurkan bantuan. Saya juga akan menghulurkan bantuan jika diperlukan, boleh DM sy mengenai brother tersebut,” ujarnya lagi.

Ads

Terdahulu, memetik laporan Berita Harian,
Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Hanif Yusabra Yusuf menjelaskan motosikal pemandu p-hailing berkenaan telah disita kerana tidak memiliki cukai jalan dan insurans.

“Bahagian Penguatkuasaan JPJ Negeri Sembilan menerima maklumat tular di media sosial berkenaan sebuah motosikal pekerja p-hailing disita jam 12.38 tengah hari semalam.

“Operasi Statik dijalankan di Jalan Persiaran Negeri, Nilai itu bagi mengesan kesalahan lalu lintas yang dilakukan pengguna jalan raya.

“Sepanjang penguatkuasaan itu, pelbagai kesalahan dikesan dan diambil tindakan termasuk motosikal yang ditunggang lelaki itu yang melakukan kesalahan menunggang motosikal dengan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh dan tiada insurans,” katanya seperti yang dipetik.

Ads

Tegas beliau, tindakan menyita motosikal dilakukan untuk menjaga keselamatan penunggang itu sendiri dan pengguna jalan raya lain kerana tidak dilindungi insurans.

“JPJ memandang serius kesalahan lalu lintas yang dilakukan oleh mereka yang mengabaikan undang-undang atau peraturan yang ditetapkan.

“Kami juga akan mengambil tindakan sewajarnya bagi menjaga keselamatan pengguna jalan raya lain,” akhirinya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: BH Online & Instagram Shahrol Shiro

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI